Berita Terkini

9 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Pakar Ekonomi Setuju Total Lockdown, Perlu Laksana Pelan Bantuan Fiskal

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 8:20AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli ekonomi berpendapat penutupan penuh atau total lockdown sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah langkah sewajarnya untuk menangani lonjakan kes COVID-19.

Sehubungan itu, mereka berpandangan satu lagi pusingan rangsangan ekonomi amat dijangka untuk dilaksanakan, namun secara bersasar dan mengikut tempoh tertentu.

“Dengan mengambil kira kes baharu yang lebih tinggi dan bagaimana ia mungkin memberi kesan kepada kapasiti penjagaan kesihatan kita, wujud keperluan mendesak untuk memutuskan rantaian jangkitan itu secepat mungkin,” kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid kepada Bernama.

Mengenai sekatan selanjutnya terhadap aktiviti ekonomi di samping ketidaktentuan sepanjang tempoh penutupan penuh itu, beliau berkata pemulihan ekonomi dijangkakan rendah.

Bagaimanapun, beliau berkata peningkatan terhadap permintaan global diyakini akan terus menyokong sektor ekonomi utama seperti pembuatan, manakala industri perkhidmatan dijangkakan menjadi amat terbatas.

“Memandangkan sektor perkhidmatan menyumbang lebih 50 peratus daripada ekonomi, keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia mungkin tidak berkembang pesat ekoran prosedur operasi standard yang tegas dan pergerakan orang ramai yang terhad,” katanya.

Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School berkata, wujud kebimbangan serta merta kepada individu dan peniaga mengenai impak negatif seperti yang berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.

“Memandangkan PKP sepenuhnya ini akan diteruskan secara berperingkat yang mungkin berlaku kira-kira enam minggu, ia akan memberikan impak negatif kepada ekonomi seperti yang berlaku pada suku kedua 2020 apabila kita mengalami penguncupan KDNK -17.1 peratus.

“Perkara yang sama akan berlaku terutamanya bagi pertumbuhan suku kedua tahun ini. Sehubungan itu, kerajaan mesti melaksanakan satu lagi pelan bantuan fiskal untuk membantu kumpulan yang terjejas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Global, Shan Saeed berkata ia pastinya satu keputusan yang sukar untuk dilaksanakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Secara jelas, beliau berkata ekonomi menerima tekanan dalam jangka pendek, namun, sebaik sahaja sekatan pergerakan itu tamat, momentum itu boleh dibina semula pada peringkat makro.

“Ini merupakan tukar ganti di antara epidemiologi dan ekonomi. Semua pihak berkepentingan perlu bekerjasama erat untuk memerangi gelombang baharu COVID-19.

“Mendapatkan vaksin adalah satu-satunya penyelesaian untuk mengembalikan semula ekonomi kepada tahap sebelum pandemik COVID-19,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Jumaat berkata, sepanjang tempoh penutupan penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan Majlis Keselamatan Negara.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes. - Bernama

Sorotan

1

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

2

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

5

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

6

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

7

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak