web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkembangan Luaran Positif Sokong Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2023 10:16AM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin, disokong oleh perkembangan luaran yang positif.

Pada 9.10 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.6575/6625 berbanding dolar AS daripada penutupan dagangan Jumaat pada paras 4.6710/6760.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit akan kekal terkawal menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat minggu depan.

Beliau berkata tumpuan utama akan diberikan kepada Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP) AS kerana ini akan memberi petunjuk kekuatan dalam pasaran buruh yang bergerak baik seiring dengan mandat Rizab Persekutuan (Fed), antaranya adalah untuk mencapai pekerjaan maksimum.

“Sekiranya NFP ternyata lebih rendah daripada jangkaan, perbincangan mengenai kemungkinan peralihan dalam pendirian monetari akan mendapat lebih perhatian. Buat masa ini, ringgit akan diniagakan secara berhati-hati kerana Rizab Persekutuan masih mengambil sikap berwaspada terhadap risiko inflasi,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniaga kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain kecualii euro yang mana ringgit meningkat kepada 5.0641/0695 daripada 5.0900/0954 Jumaat lepas.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.9038/9122 daripada 5.9014/9077 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.1777/1813 daripada 3.1591/1627 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.

Mata wang tempatan agak tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 300.7/301.2 daripada 301.5/302.1 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.41/8.43 daripada 8.43/8.44 Jumaat lepas.

Nilai ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.4927/4967 daripada 3.4973/5016 tetapi susut berbanding baht Thai kepada 13.3952/4153 daripada 13.3301/3505 pada Jumaat. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?