web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembetulan Teknikal Dorong Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Pagi Ini

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2023 11:51AM

Riinggit menyusut nilai kepada 4.6550/6600 pada jam 9.05 pagi ini, berbanding dolar AS daripada paras penutupan dagangan Isnin pada 4.6340/6400. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan berlakunya pembetulan teknikal selepas pergerakan cergas dalam tempoh tiga hari dagangan lepas, kata seorang penganalisis.

Pada 9.05 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.6550/6600 berbanding dolar AS daripada paras penutupan dagangan Isnin pada 4.6340/6400.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata hasil AS telah mencetuskan elemen pembetulan kecil daripada pelabur ringgit selepas mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu lepas.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid turut berpendapat kemungkinan terdapat beberapa pembetulan selepas kenaikan ketara semalam.

"Paras sokongan dan halangan semasa untuk dolar AS/ringgit ditetapkan pada RM4.5578 dan RM4.6611. Justeru, ringgit mungkin berlegar sekitar RM4.63 hingga RM4.65 hari ini," kata beliau.

Sementara itu, nilai mata wang tempatan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7424/7486 daripada 5.7462/7536 pada penutup Isnin tetapi lebih rendah berbanding mata wang utama lain seperti yen Jepun dan euro.

Ringgit menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1021/1056 daripada 3.0959/1002 pada penutup semalam dan lemah berbanding euro kepada 4.9850/9904 daripada 4.9806/9871 sebelumnya.

Mata wang tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN lain.

la susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4430/4470 daripada 3.4341/4388 pada akhir dagangan semalam dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 299.5/300.0 daripada 298.1/298.7.

Begitu juga, nilai ringgit turun susut berbanding baht Thailand kepada 13.0887/1090 daripada 13.0521/0741 pada Isnin dan menyusut berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.32 daripada 8.29/8.30 sebelumnya. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?