web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tesla Lancar Model Y, Bakal Diterima Awal 2024

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2023 8:55PM

TImbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong (kiri) bersama Isabel Fan bergambar di hadapan Tesla Model Y - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -- Tesla hari ini secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik terbaharunya, Model Y, di Malaysia yang berharga RM199,000 hingga RM288,000 seunit yang akan mula diterima pada awal 2024.

Model Y yang disifatkan sebagai model Tesla yang ditawarkan pada harga berpatutan, direka serta dibangunkan sebagai kenderaan SUV pertama untuk pasaran massa, sekali gus melakar detik bermakna dalam misi syarikat itu mempercepat peralihan dunia kepada tenaga lestari.

Pengarah Serantau Tesla Isabel Fan berkata syarikat tersebut telah memulakan pengeluaran dalam volum atau jumlah lebih rendah bagi membuktikan keselamatan dan kedayamajuan kenderaan elektrik itu berbanding kenderaan dipacu oleh enjin pembakaran secara dalaman.

“Perolehan hasilnya akan membolehkan kami mengeluarkan lebih banyak kenderaan pada harga berpatutan dan seterusnya diperluas dalam bentuk pengeluaran dengan volum tinggi di pasaran massa.

“Tesla tela h membuka banyak kilang di serata pelusuk dunia termasuk di Texas, Berlin, Shanghai, Fremont dan Mexico dengan kapasiti pengeluaran tahunan melebihi dua juta unit kenderaan,” katanya pada majlis pelancaran Model Y itu di sini, hari ini.

Beliau berkata Tesla juga merupakan penyedia rangkaian pengecasan pantas terbesar dunia dengan kira-kira 5,000 stesen pengecasan super, termasuk dianggarkan 2,000 stesen di rantau Asia Pasifik.

“Stesen pengecasan dalaman pertama yang merangkumi lapan titik pengecas, telah dibina di ruang tingkat bawah tanah (pusat beli-belah) Pavilion Kuala Lumpur. Bagaimanapun, ia masih dalam proses menunggu kelulusan lesen sebelum dapat ditauliahkan untuk penggunaan sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu dalam kenyataannya, Tesla berkata sepertimana varian lain, Model Y tersebut menggabungkan aspek seperti prestasi, keselamatan serta teknologi.

Sejajar dengan cirinya sebagai SUV bersaiz sederhana, model tersebut didatangkan dengan ruang kargo berkeluasan 2.1 meter padu persegi, tempat duduk dan penyimpanan serba boleh untuk sehingga lima penumpang serta barangan mereka.

“Model Y akan memulakan penghantarannya kepada pelanggan Malaysia pada awal 2024. Tesla juga komited untuk membantu melonjakkan usaha pelepasan sifar karbon dan masa depan lebih hijau untuk Malaysia,” katanya.

Malah, selaras dengan usaha Malaysia menggalakkan mobiliti berkarbon rendah dan menyokong industri kenderaan elektrik (EV), pelanggan Tesla akan turut menikmati pengecualian duti import dan eksais penuh bagi kenderaan elektrik Tesla yang baru didaftarkan.

Selain itu, pelanggan juga meraih manfaat daripada pengecualian 100 peratus cukai jalan dan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas bagi perbelanjaan berkaitan kemudahan pengecasan EV untuk tahun taksiran 2023.

SUV Model Y itu yang telah dibuka untuk tempahan sejak 14 Julai, 2023, ditawarkan dalam pilihan warna termasuk putih mutiara, hitam, perak, biru tua dan merah pada harga RM199,000 hingga RM288,000 seunit. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Mana Boleh Terlanggar Ni

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Wah, Power Betul Kereta Tesla

3

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Papan Tanda Tesla Sudah Digantung Di Cyberjaya, Besar Dan Menyerlah!

4

TARA 2 tahun yang lalu

5 Selebriti Hollywood Memiliki Tesla 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan