web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persatuan Industri Semikonduktor Tidak Menyokong Cadangan PKP Penuh

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 May 2021 7:44AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) berkata ia tidak menyokong cadangan pelaksanaan sekatan pergerakan secara penuh terhadap ekonomi atau negara.

Dalam kenyataan semalam, persatuan itu berkata ia komited untuk mengetatkan dan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja.

“Pekerja perlu mempunyai disiplin diri untuk berada di rumah atau di asrama penginapan terutamanya selepas bekerja untuk mengurangkan adanya kontak rapat. Kebenaran untuk keluar adalah dari lokasi ke lokasi, dari tempat kerja ke kediaman dan ke tempat kerja.

“Sekiranya diperlukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperketatkan, PKP secara bersasar perlu dilaksanakan berdasarkan data dan sains,” katanya.

Persatuan itu turut menggesa SOP acara melibatkan orang ramai diketatkan dengan mengurangkan jumlah individu dalam satu masa.

Namun, katanya, penutupan boleh dipertimbangkan sekiranya tidak mematuhi SOP dan jika langkah sanitasi sepenuhnya perlu dibuat.

Selain itu, MSIA berkata, program vaksinasi perlu disegerakan agar negara boleh mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat dan industri pula boleh meneruskan operasi dengan risiko rendah.

“Kami ingin menegaskan bahawa operasi kilang perlu dijalankan melibatkan 100 peratus tenaga kerja termasuk reka bentuk dan pembangunan. Kakitangan pejabat pula harus bekerja dari rumah sebanyak yang mungkin.

“Malaysia merupakan rantaian bekalan utama kepada industri elektronik global dan impaknya kepada perniagaan adalah buruk sekiranya terdapat sebarang penutupan atau pengurangan tenaga kerja.

“Kerugian perniagaan tidak boleh dipulihkan khususnya apabila kilang di negara lain masih beroperasi,” katanya.

MSIA turut berharap agar kerajaan membenarkan syarikat untuk membawa masuk vaksin bagi mempercepatkan proses vaksinasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

3

Politik 2 tahun yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam, Fasiliti Kesihatan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori