Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kontrak Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Telah Disambung

Ekonomi Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 9:24AM

Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata kontraknya yang akan tamat hujung bulan ini telah disambung.

Tanpa menyelidik butiran kontraknya, beliau berkata pemegang saham dan ahli lembaga pengarah Petronas akan menjadi pihak yang menjawab perkara itu.

“Kontrak saya telah dilanjutkan, dan saya rasa setakat itu yang saya boleh katakan. Selebihnya, anda perlu mendapatkan komen daripada pemegang saham dan lembaga pengarah,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) Edisi Kelima di sini.

Pada Jun 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu mengumumkan pelantikan Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden dan CEO kumpulan syarikat minyak negara itu.

Berkuat kuasa 1 Julai, 2020, Tengku Muhammad Taufik menggantikan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Malaysian Airlines Bhd yang baharu.

Sementara itu, mengulas tema IEW tahun ini iaitu 'Peralihan Ke Arah Masa Depan Karbon Sifar Bersih', Tengku Muhammad Taufik berkata walaupun peralihan sifar bersih adalah jalan ke hadapan, tetapi tidak perlu ada ada satu pendekatan tunggal, terutamanya di Asia yang mana negara-negara rantau itu memiliki tahap ekonomi dan kemajuan yang berbeza.

“Jangan silap, semua orang mengakui perubahan iklim adalah nyata, terdapat keperluan bagi menangani pemanasan global, dan kami juga harus mengakui untuk mematuhi had Perjanjian Paris.

“Tetapi dengan mengenakan hanya satu kaedah sebagai cara yang betul adalah tidak terpakai, terutamanya bagi konteks Asia yang mana kita masih perlu berkembang, terdapat hak untuk kemakmuran. Kita mempunyai negara yang mempunyai tahap kekayaan dan kemajuan ekonomi yang berbeza. Anda tidak boleh mengenakan satu kaedah, satu pendekatan kepada setiap negara di Asia,” katanya.

Tengku Muhammad Taufik berkata Sarawak telah mengambil pendirian untuk pandang ke hadapan dalam menyediakan ekosistem tenaga penyahkarbonan.

“Ia adalah satu cabaran kerana teknologi masih perlu matang, tetapi langkah pertama mereka (Sarawak) untuk berada di kedudukan itu (adalah terpuji) sama ada (contohnya) bekerjasama dengan kami (Petronas) untuk mengusahakan bahan api bio berasaskan alga untuk bahan api penerbangan yang lebih mampan dan banyak lagi inisiatif lain.

“Bersama-sama dengan menghijaukan sistem tenaga dan elektrik melalui lebih banyak kuasa hidro, saya rasa langkah yang diambil oleh Sarawak sememangnya untuk menyediakan ekonominya ke arah pengurangan karbon,” tambah beliau. - Bernama

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji