web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


China Terus Kekal Sebagai Rakan Dagang Terbesar Malaysia - Liew

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 7:43AM

Liew Chin Tong - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Malaysia melihat China untuk terus berperanan sebagai rakan dagang terbesar negara ini bagi tempoh beberapa tahun akan datang berikutan kedudukannya sebagai sumber pelaburan utama.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata ini termasuk kemungkinan besar penglibatan sebuah syarikat China yang juga pembekal utama bagi firma Eropah dan Amerika Syarikat (AS) untuk melabur semula di negara ini susulan faktor ketegangan geopolitik di Barat.

“Malaysia sedang berusaha mengimbangi keadaan geopolitik itu agar dapat meraih manfaat daripada AS mahupun China.

“Kita perlu menguruskannya secara geopolitik dan ekonomi, malah perlu ditangani secara bijak biarpun ini bukanlah mudah,” katanya pada sesi dialog Siri Forum Automasi & Digital Edisi Utara bertemakan Memacu Perniagaan Menerusi Pendigitalan dan Automasi - Perjalanan Bersama, di sini, semalam.

Terdahulu, Liew menyampaikan ucap tama kepada peserta yang merangkumi kalangan syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pembuatan di Pulau Pinang.

Acara sokongan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu dianjurkan bersama oleh Bizsphere Sdn Bhd juga pengendali Smart4Wrd, satu platform kolaboratif mengenai Ekosistem Industry 4.0.

Ini adalah acara kedua dalam beberapa siri forum yang bermula di wilayah tengah pada Mac lepas dan disusuli dengan wilayah selatan dan timur serta di Sabah dan Sarawak.

Forum itu pula bertujuan memupuk kesedaran mengenai pelbagai sokongan kerajaan sedia ada bagi membantu penggiat tempatan memulakan perniagaan dalam usaha pengautomasian serta menggunapakai Industri 4.0 dan teknologi digital.

Selain itu, acara terbabit juga berperanan sebagai platform menggalakkan bantuan kewangan disediakan pihak Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) untuk syarikat dalam aspek menggalakkan usaha automasi dan pemodenan proses pembuatan, mempertingkat keupayaan dan kapasiti pengeluaran, produktiviti serta kecekapan menangani impak liberalisasi pasaran global.

Pada majlis sama, MIDF dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) memeterai satu memorandum kerjasama bagi kemudahan proses menghubungkan syarikat tempatan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dengan institusi kewangan itu dan membolehkan mereka mendapat akses ke atas pelbagai penyelesaian kewangan dan sokongan untuk aktiviti teknologi dan inovasi.

Ini akan turut melibatkan aktiviti promosi bersama MIDF dan NCER, sekali gus mewujudkan kempen  sinergi pemasaran berkaitan agar saling membawa manfaat untuk pihak terbabit.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pembangunan Kewangan MIDF Azizi Mustafa berkata institusi itu adalah penyokong kuat usaha automasi dan pemodenan, termasuk membantu mempercepat dan memudahkan PKS melaksanakan automasi dan pemodenan dengan bekerjasama dengan rakan kongsi seperti NCIA.

“MIDF juga mahu meluaskan lagi jangkauan agar lebih banyak syarikat mendapat akses dan nasihat, khususnya kalangan PKS untuk memulakan usaha automasi dan pemodenan menerusi Industri 4.0,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan