web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Ahli Lembaga Pengarah MAHB Letak Jawatan

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 7:20PM

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, MAHB mengumumkan Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, 65, meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutif kumpulan itu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerusi lembaga pengarah Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bakal berwajah baharu berikutan peletakan jawatan serta-merta tiga pengarahnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, MAHB mengumumkan Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, 65, meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutif kumpulan itu.

Beliau memegang jawatan tersebut sejak Julai 2022.

Mohamad Salim baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi baharu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Mac lalu.

Menurut MAHB, seorang lagi ahli lembaga pengarahnya, Datuk Azailiza Mohd Ahad, 62, pula meletak jawatan sebagai pengarah kanan bebas bukan eksekutif.

Azailiza, yang dilantik memegang jawatan berkenaan pada November 2016, turut meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan serta ahli jawatankuasa audit dan jawatankuasa kewangan dan pelaburan MAHB.

Datuk Johan Mahmood Merican, 50, pula menjadi ahli lembaga pengarah ketiga MAHB yang meletak jawatan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas kumpulan itu.

MAHB berkata, peletakan jawatan itu kerana beliau menyandang jawatan baharu dalam perkhidmatan awam.

Johan dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan pada Februari lalu.  - Getaran, 23 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan