web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pertumbuhan Perjalanan Udara Mac Berterusan - IATA

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 6:58AM

RPK antarabangsa mencapai 81.6 peratus daripada paras Mac 2019 manakala faktor muatan pada 81.3 peratus melebihi paras Mac 2019 sebanyak 10.1 mata. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjalanan udara telah mencatatkan pertumbuhan permintaan yang kukuh bagi Mac 2023, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). 

Angka trafik pada Mac 2023 (diukur dalam perolehan penumpang kilometer atau RPK) meningkat 52.4 peratus berbanding Mac 2022 manakala di peringkat global, trafik kini pada 88.0 peratus daripada paras Mac 2019. 

"Trafik domestik untuk Mac menokok 34.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah trafik domestik Mac 2023 berada pada 98.9 peratus daripada tahap Mac 2019," kata IATA dalam satu kenyataan semalam. 

IATA menjelaskan trafik antarabangsa naik 68.9 peratus berbanding Mac 2022 dengan semua pasaran merekodkan pertumbuhan sihat, diterajui sekali lagi oleh syarikat penerbangan di rantau Asia Pasifik. 

RPK antarabangsa mencapai 81.6 peratus daripada paras Mac 2019 manakala faktor muatan pada 81.3 peratus melebihi paras Mac 2019 sebanyak 10.1 mata peratusan, katanya. 

Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata suku pertama tahun kalendar berakhir dengan nota yang kukuh bagi permintaan perjalanan udara dan pasaran domestik telah menghampiri paras pra-pandemik mereka selama berbulan-bulan.   

Beliau berkata dua titik langkah utama dicatatkan bagi perjalanan antarabangsa iaitu permintaan melonjak sebanyak 3.5 mata peratusan berbanding pertumbuhan bulan sebelumnya, untuk mencapai 81.6 peratus daripada paras sebelum COVID-19. 

 "Ini diterajui oleh permintaan yang hampir tiga kali ganda bagi syarikat penerbangan Asia Pasifik yang terkait dengan pembukaan semula China dan kecekapan yang semakin meningkat apabila faktor muatan antarabangsa mencecah 81.3 peratus," kata Walsh. 

Katanya, lebih penting lagi, jualan tiket bagi perjalanan domestik dan antarabangsa memberi petunjuk bahawa pertumbuhan kukuh akan berterusan memasuki kemuncak musim perjalanan musim panas Hemisfera Utara. 

Sementara itu, IATA berkata syarikat penerbangan Asia Pasifik mencatatkan peningkatan sebanyak 283.1 peratus pada Mac 2023 berbanding Mac 2022, meneruskan momentum kukuh sejak berakhirnya sekatan perjalanan di rantau ini.

Kapasiti bertambah 161.5 peratus dan faktor muatan naik 26.8 mata peratusan kepada 84.5 peratus, kedua tertinggi di kalangan rantau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Penumpang Teruja Juruterbang Pasang Lagu 'Bey Sobar Bey'

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi RM300 Untuk Tiket Penerbangan Mahasiswa IPTA - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan