web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khazanah Jual Seluruh Pegangan Dalam IMS, Beri Manfaat Ekonomi Kepada Malaysia

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 1:31PM

Iskandar Malaysia Studios - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat tujuan khas milik penuh Khazanah Nasional Bhd, Granatum Ventures Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian penjualan saham definitif untuk menjual keseluruhan 100 peratus pegangannya dalam Iskandar Malaysia Studios Sdn Bhd (IMS) kepada Studio Management Services Sdn Bhd (SMS) untuk menarik pelaburan asing serta membawa manfaat ekonomi dan sosial kepada Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, katanya SMS adalah konsortium yang diketuai oleh pasukan pengurusan semasa Malaysia IMS dengan kerjasama GHY Culture & Media Holding Co Ltd, Singapura dan anak syarikatnya GHY Culture & Media (Malaysia) Sdn Bhd.

Menurut Khazanah, SMS dijangka meningkatkan lagi perkhidmatan yang disediakan oleh IMS kepada industri serta memudahkan kerjasama pada masa depan dan peluang penerbitan untuk Malaysia.

“Kerjasama dan kemasukan banyak usahawan Malaysia dan rakan kongsi serantau yang berkebolehan akan memangkin pertumbuhan dan pembangunan ekosistem di IMS,” katanya.

Khazanah berkata kerjasama ini akan menyumbang kepada penggunaan studio yang lebih tinggi dalam kalangan penggiat serantau dan global, sekali gus dapat menyokong ekosistem penerbitan tempatan dengan kapasiti lebih baik bagi menarik banyak penerbitan dan perkongsian saluran penerbitan kandungan.

“Khazanah kekal komited untuk mengekalkan manfaat limpahan ekonomi yang positif kepada ekonomi sosial di samping menyelaraskan kepentingan strategiknya untuk memajukan Malaysia, memastikan penciptaan nilai, pembinaan kapasiti dan impak kemasyarakatan kepada negara,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Semasa 1 tahun yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Google Sahkan Komitmen Pelaburan AS$2 Bilion Ke Malaysia - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan