Berita Terkini

1 jam yang lalu: Malaysia destinasi mesra Muslim terbaik OIC 1 jam yang lalu: Bali keluar panduan etika untuk pelancong 1 jam yang lalu: Bursa Malaysia akan ditutup pada 5 Jun sempena cuti umum Hari Keputeraan Agong 1 jam yang lalu: Dua remaja ditemukan lemas di Sungai Pahang 1 jam yang lalu: Zambry mulakan lawatan kerja ke Perancis dengan bertemu rakan sejawatan Catherine Colonna

IKUTI KAMI


Indeks Harga Pengguna Untuk Februari Kekal 3.7 Peratus - Mohd Uzir

Ekonomi Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 5:40PM

Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kenaikan inflasi pada Februari tahun ini kekal didorong oleh restoran dan hotel (7.4%) serta makanan dan minuman bukan alkohol (7.0%) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Indeks Harga Pengguna Februari 2023 kekal pada 3.7 peratus dengan mata indeks mencatatkan 129.8 berbanding 125.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. 

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kenaikan inflasi pada Februari tahun ini kekal didorong oleh restoran dan hotel (7.4%) serta makanan dan minuman bukan alkohol (7.0%).

Menurut beliau, peningkatan lebih perlahan yang dicatatkan bagi kumpulan pengangkutan iaitu 3.7 peratus berbanding Januari 2023 (4.0%), sedikit sebanyak telah mengimbangi inflasi daripada terus meningkat. 

“Kenaikan inflasi di Malaysia turut didorong oleh kenaikan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.4%), pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.5%) serta kesihatan (1.8%). 

“Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain, perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan masing-masing merekodkan peningkatan 1.7 peratus, manakala pendidikan meningkat 1.6 peratus,” katanya.

Jelas Mohd Uzir, minuman alkohol, tembakau, pakaian dan kasut masing-masing meningkat sebanyak 0.8 peratus dan 0.4 peratus berbanding Februari 2022.

"Kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan Indeks Harga Pengguna (IHP) merekodkan peningkatan 7.0 peratus (Januari 2023: 6.7%). 

“Daripada 230 item makanan, sebanyak 203 item atau 88.3 peratus telah merekodkan kenaikan harga. Komponen Makanan di rumah yang menyumbang hampir 58 peratus daripada keseluruhan kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol pula mencatatkan peningkatan lebih tinggi kepada 5.8 peratus berbanding 5.1 peratus pada Januari 2023,” katanya.

Beliau mengulas lanjut, komponen nakanan di luar rumah telah mencatatkan kenaikan yang lebih rendah iaitu 8.9 peratus berbanding Januari 2023 (9.3%). 

“Antara makanan di luar rumah yang mencatatkan peningkatan lebih perlahan adalah sate, 9.9 peratus (Januari 2023: 11.0%), nasi campur, 9.1 peratus (Januari 2023: 10.2%); nasi ayam, 7.8 peratus (Januari 2023: 8.0%) dan masakan berasaskan daging, 7.3 peratus (Januari 2023: 8.7%). 

“Antara inisiatif yang diperkenalkan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan meredakan inflasi makanan di luar rumah adalah Menu Rahmah yang diumumkan pada 31 Januari 2023,” katanya.

Jelas Mohd Uzir lagi, kenaikan komponen makan di rumah didorong oleh kenaikan bagi kesemua subkumpulan makanan di rumah, terutamanya subkumpulan daging (9.0%); beras, roti dan bijirin lain (6.7%); susu, keju dan telur (6.6%) serta sayur-sayuran (5.8%).

“Ini diikuti oleh buah-buahan (4.7%); gula, jem, madu, coklat dan manisan (3.6%) serta ikan dan makanan laut (3.2%), manakala subkumpulan minyak dan lemak menyederhana kepada 0.6 peratus.

“Subkumpulan daging yang merangkumi ayam, daging lembu, babi, kambing, kerbau dan itik telah mencatatkan peningkatan 9.0 peratus berbanding 8.3 peratus pada Januari 2023,” katanya.

Mohd Uzir menambah, ayam merekodkan peningkatan 8.0 peratus berbanding 6.5 peratus pada bulan sebelumnya. 

Purata harga ayam standard pada bulan Februari 2023 katanya, meningkat kepada RM10.33 sekilogram berbanding RM9.46 pada Februari 2022 (Januari 2023: RM10.30). 

“Purata harga di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM9.76 sekilogram berbanding RM8.94 sekilogram pada Februari 2022 (Januari 2023: RM9.70), melebihi paras harga kawalan yang ditetapkan kerajaan laitu RM9.40. 

“Selain itu, peningkatan pada subkumpulan ini turut didorong oleh peningkatan daging babi (31.8%) dan itik (10.5%). Secara bulan ke bulan, daging segar meningkat sebanyak 0.5 peratus, disumbangkan oleh peningkatan daging babi yang mencatatkan kenaikan 2.4 peratus, dilkuti oleh daging ayam dan daging itik masing-masing meningkat sebanyak 0.4 peratus,” katanya. - Getaran, 24 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 6 hari yang lalu

Inflasi Malaysia Meningkat Kepada 3.3 Peratus Bagi April 2023 - Perangkaan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Suku Ketiga 2022: Kelahiran Hidup Di Malaysia Turun 3 Peratus

3

Ekonomi 10 bulan yang lalu

Inflasi Malaysia Pada Jun 2022 Meningkat 3.4 Peratus - Jabatan Perangkaan

4

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia Melonjak 26 Peratus Pada Mei 2021

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Dasar Fiskal Kerajaan, Belanjawan 2023 Buahkan Hasil, Pertumbuhan Ekonomi Memberangsangkan - PM

oleh Sophia Ahmad

Ekonomi 1 hari yang lalu

Pulih Segera Daya Saing Negara, Itu Jaminan Perkukuh Semula Ringgit 

oleh Aiman Sadiq

Ekonomi 12 jam yang lalu

Nilai Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Dalam Sesi Awal Urus Niaga

Ekonomi 6 jam yang lalu

Kekayaan 50 Individu Terkaya Malaysia Dalam Senarai Forbes Meningkat Kepada AS$81.6 Bilion