web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Inflasi Malaysia Pada Jun 2022 Meningkat 3.4 Peratus - Jabatan Perangkaan

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 5:10PM

Ayam yang mempunyai wajaran terbesar dalam subkumpulan daging (46.1 peratus) meningkat 17.2 peratus berbanding peningkatan 13.4 peratus pada Mei 2022. - Gambar Fail 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia meningkat 3.4 peratus tahun ke tahun kepada 127.4 pada Jun 2022 berbanding 123.2 pada Jun 2021, melepasi purata inflasi di Malaysia bagi tempoh Januari 2011 hingga Jun 2022 sebanyak 1.9 peratus.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata indeks makanan meningkat 6.1 peratus dan kekal sebagai penyumbang utama kenaikan inflasi pada bulan tersebut.

“Semua kumpulan lain kecuali komunikasi turut merekodkan kenaikan dan mendorong inflasi keseluruhan kepada 3.4 peratus.

“Pengangkutan meningkat 5.4 peratus diikuti restoran dan hotel (5.0 peratus), hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.4 peratus), pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.2 peratus) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (2.2 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata semua subkumpulan bagi makanan dan minuman bukan alkohol menunjukkan peningkatan antara 2.8 peratus hingga 11.9 peratus.

Dalam pada itu, komponen makanan di rumah dan makanan di luar rumah masing-masing naik 6.1 peratus dan 6.6 peratus yang mendorong kenaikan inflasi makanan, katanya.

Antara makanan di luar rumah yang menunjukkan kenaikan adalah roti canai (+10.5 peratus), nasi berlauk (+9.7 peratus), masakan daging (+7.8 peratus) dan makanan berasaskan mi (+7.0 peratus).

“Ayam yang mempunyai wajaran terbesar dalam subkumpulan daging (46.1 peratus) meningkat  17.2 peratus berbanding peningkatan 13.4 peratus pada Mei 2022. 

“Purata harga ayam mentah pada Jun 2022 menokok kepada RM10.02 sekilogram berbanding RM8.55 pada Jun 2021,” katanya sambil menambah bahawa peningkatan tersebut adalah selari dengan kenaikan input pengeluaran makanan dunia seperti jagung, gandum dan kacang soya -- komposisi terbesar penyediaan dedak ayam.

Inflasi meningkat 2.8 peratus tahun ke tahun kepada 126.6 bagi suku kedua 2022 dan menokok 2.5 peratus tahun ke tahun pada enam bulan pertama 2022.

Mohd Uzir menjelaskan peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Putrajaya pada 8.1 peratus, manakala Labuan dan Melaka merupakan dua negeri yang merekodkan peningkatan paling rendah, masing-masing sebanyak 2.5 peratus. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan