web statsweb stats

Berita Terkini

1 minit yang lalu: PRN Johor ditetapkan pada 27 Jun - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR

IKUTI KAMI


Politik Stabil, Dasar Jelas, Faktor Pelaburan AWS Di Malaysia - PM

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 11:41AM

Pelaburan AWS bernilai RM25.5 bilion menjelang tahun 2037 memberi dampak yang tinggi kerana ia menambah keyakinan pelabur luar terhadap negara - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pentadbiran politik stabil dan dasar yang jelas dalam negara menjadi faktor utama Amazon Web Services (AWS) memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata pelaburan AWS bernilai RM25.5 bilion menjelang tahun 2037 memberi dampak yang tinggi kerana ia menambah keyakinan pelabur luar terhadap negara.

"AWS dipelawa oleh banyak negara Asean dan memilih Malaysia, bermakna ia menambah keyakinan dan memangkin kemasukan beberapa pelabur baharu dari barat dan timur.

"Ini (pelaburan AWS) juga memberi peluang kepada perniagaan tempatan kerana ia melibatkan pendekatan yang lebih canggih iaitu cloud (awan) yang berpangkalan di Malaysia," kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) berhubung implikasi pelaburan AWS dan Tesla serta perancangan kerajaan bagi memastikan lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi masuk ke Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan