web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Benarkan Kemasukan Pekerja Asing Tanpa Melalui Ejen - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 7:04PM

Belanjawan 2023 akan dibentang pada 24 Februari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang mencari pendekatan terbaik untuk membenarkan pekerja asing diambil bekerja di Malaysia tanpa melalui ejen yang mengenakan caj tinggi.

Perdana Menteri berkata, semua negeri akan memantau pekerja terbabit yang berada di negara ini bagi memastikan mereka diberi kemudahan mencukupi untuk bekerja secara sah di Malaysia.

Malah, katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu melakukan pemantauan supaya pendaftaran golongan itu dapat dilakukan tanpa menggunakan ejen.

“Sebagai contoh, pekerja Nepal hanya dikenakan bayaran RM3,700 (untuk bekerja di Malaysia), tetapi ia (caj) boleh mencecah dari RM20,000 hingga RM25,000 untuk warga Indonesia dan Bangladesh.

“Kita akan beri perhatian kepada perkara ini.

“Jika gaji mereka (pekerja) dinaikkan, saya tiada masalah, tetapi jika caj yang dibuat oleh ejen terlalu tinggi, ini tidak akan membantu kerana boleh menjurus kepada penderaan atau perhambaan moden,” katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, kerajaan akan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing mengambil kira situasi ‘tidak pernah berlaku’, demi memudahkan proses pengambilan pekerja mengisi kekosongan dalam sektor kritikal.

Melalui pelan itu, katanya, majikan dibenar menggaji pekerja asing dari 15 negara sumber berdasarkan kemampuan dan keperluan sebenar, tanpa perlu melalui pra-syarat kelayakan penggajian serta kelayakan kuota.

“Kemudahan dan kelonggaran yang dirangka ini bukanlah untuk tempoh selama-lamanya namun ia hanya bersifat ‘unprecedented’ (tidak pernah berlaku dahulu) bagi memenuhi keperluan pembangunan ekonomi negara.

“‘Kelulusan bersyarat’ iaitu kurang dari tiga hari akan diberikan bagi permohonan yang dibuat, malah maklumat terperinci mengenai pelan itu akan dimaklumkan pihak kementerian dalam masa terdekat,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan jumlah peruntukan Belanjawan 2023 yang akan dibentang pada 24 Februari ini ‘dikurangkan’, namun ia tidak akan membebankan program pembangunan negara.

Menteri Kewangan itu berkata, beberapa strategi belanjawan dan angka awal untuk Belanjawan 2023 sudah dibentang kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

“Saya bentangkan strategi belanjawan dan angka awal kerana negara tidak boleh bertahan dengan defisit tinggi.

“Sejauh mana mampu kita kurangkan dan pengurangan yang tidak bebankan program pembangunan kita,” katanya.

Persidangan Dewan Rakyat dijadualkan bermula pada 13 Februari ini dan Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Februari.

Sementara itu, beliau berkata, negara perlu melakukan perubahan dari aspek teknologi dan digital bagi memastikan pekerja tempatan mendapat peluang pekerjaan.

Mengambil contoh mekanisme dilaksanakan Permodalan Nasional Berhad, Anwar memaklumkan, tiada sebarang masalah timbul bagi pengambilan pekerja tempatan untuk bekerja di ladang.

Ditanya mengenai calon pengganti Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang bakal tamat tempoh perkhidmatan Mac ini, Anwar berkata, perkara itu masih belum dibincangkan.

Media sebelum ini melaporkan tiga nama hakim sudah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri untuk menggantikan Idrus yang dilantik secara kontrak selama setahun, bermula 6 Mac 2020. – Getaran, 8 Februari 2023
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan