web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amrin Awaluddin, CEO Baharu Tabung Haji Mulai 6 Mei

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 3:51PM

Pelantikan Amrin Awaluddin berkuatkuasa 6 Mei ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Amrin Awaluddin akan menggantikan Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu berkuat kuasa 6 Mei 2021.

Amrin yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam sektor korporat pada masa ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dalam satu kenyataan hari ini, TH berkata Mohd Hasyudeen Yusoff akan melepaskan jawatannya pada 5 Mei selepas menerajui TH sejak 1 Sept, 2019.

"Pelantikan itu telah dipersetujui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri," katanya.

Amrin memulakan karier beliau di instutusi perbankan sebelum memegang beberapa jawatan penting di syarikat seperti Renong Bhd, Malaysian Resources Corporation Bhd dan Putera Capital Bhd.

TH kini mempunyai kira-kira sembilan juta pendeposit dan dana terkumpul hampir RM80 bilion. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

LKAN: PM Arah LTAT, FELDA Kemukakan Laporan Penuh

2

Semasa 2 tahun yang lalu

LTAT Akan Ambil Alih Baki Saham Dalam Boustead Plantations

3

Berita 3 tahun yang lalu

LTAT Umum Dividen 5 Peratus, Tertinggi Sejak 2018

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Pindaan Akta Tabung Angkatan Tentera Akan Pacu Transformasi LTAT

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori