web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 10:19AM

Pada 9.07 pagi, ringgit susut kepada 4.3210/3250 berbanding dolar AS daripada 4.3130/3185 sewaktu ditutup pada Rabu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ringgit menyusut daripada peningkatan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun unit negara maju itu mencatat prestasi lemah, diheret turun oleh kemerosotan harga minyak.

Pada 9.07 pagi, ringgit susut kepada 4.3210/3250 berbanding dolar AS daripada 4.3130/3185 sewaktu ditutup pada Rabu.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata asas ringgit bertambah baik berikutan pembukaan semula China adalah lebih pantas dan awal daripada jangkaan sekali gus membuka laluan kepada pertumbuhan lebih memberangsangkan di Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkata sentimen mengelak risiko telah menjejaskan pasaran dunia selepas data pertumbuhan AS merosot lebih buruk daripada jangkaan dan menyebabkan kemelesetan.

“Saya berpandangan jualan besar-besaran tidak begitu ketara disebabkan data pertumbuhan AS lemah (pengeluaran industri dan jualan runcit) berikutan metrik inflasi mengesahkan bahawa Rizab Persekutuan akan mengurangkan kepada 25 mata asas.

“Bagaimanapun, dengan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang, saya berpendapat pasaran tempatan mungkin lengang dan kekal dalam sentimen pengambilan untung,” katanya kepada Bernama.

Ringgit kukuh berbanding kumpulan mata wang utama, melainkan berbanding yen Jepun.

Unit tempatan meningkat kepada 5.3274/3323 berbanding pound Britain daripada 5.3300/3368 sewaktu ditutup semalam, menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2698/2733 daripada 3.2793/2840, dan naik berbanding euro kepada 4.6632/6675 daripada 4.6878/6938 sebelum ini.

Bagaimanapun, ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.3658/3694 daripada 3.3331/3376 sewaktu ditutup pada Rabu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pandang Ringan Penurunan Ringgit - PM

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 4.40 Berbanding Dolar AS Pada 2024 - MIER

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhati-Hati Terhadap Inflasi Teras Yang Kekal Tinggi - Gabenor BNM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik