web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Mahu Percepat Projek Berimpak Tinggi Dalam Semakan Bajet 2023

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 9:13PM

Rafizi Ramli berkata ini berikutan kerajaan berharap dapat mengekalkan tahap perbelanjaan yang dapat memberi kesan limpahan berganda bukan sahaja kepada negara, tetapi bagi manfaat rakyat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan menyasarkan untuk mempercepat pelaksanaan projek berimpak tinggi dalam semakan semula Bajet 2023, terutama yang berkaitan dengan jaminan keselamatan makanan, rantaian nilai makanan, tenaga boleh baharu serta teknologi hijau.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ini berikutan kerajaan berharap dapat mengekalkan tahap perbelanjaan yang dapat memberi kesan limpahan berganda bukan sahaja kepada negara, tetapi bagi manfaat rakyat.

“Bagi Kementerian Ekonomi yang bertanggungjawab bagi pembangunan projek dikenali sebagai Perbelanjaan Pembangunan, pendekatan kita tidak hanya untuk meneruskan projek sedia ada tetapi turut mengenal pasti peluang bagi menambah (bilangan)  projek dalam sektor utama,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran OpenDOSM NextGen di sini, hari ini.

Rafizi bagaimanapun enggan mengulas sama ada kerajaan akan mengekalkan atau menyemak semula peruntukan dalam semakan Bajet 2023 seperti yang pernah dinyatakan oleh mantan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pada 7 Oktober lepas, Tengku Zafrul telah membentangkan Bajet 2023 yang memperuntukkan sejumlah RM372.3 bilion -- angka terbesar dalam sejarah. 

Bagaimanapun, tiga hari kemudian, Parlimen telah dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan pada 19 November 2022.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentangkan semula Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari ini.

Sementara itu, pada majlis sama, Ketua Perangkawan Negara Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata OpenDOSM NextGen yang dilancarkan itu merupakan kesinambungan usaha pemodenan serta inovasi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ke arah pelaksanaan perkhidmatan perangkaan yang berkesan.

“Selain mendapat akses yang pantas dan mudah bagi data terbuka, platform tersebut mengandungi data yang disusun dalam katalog serta dipaparkan dalam bentuk papan pemuka untuk kemudahan pengguna,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat