web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


291 Penerbangan Tambahan Diluluskan Untuk Tahun Baharu Cina

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 4:41PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Sebanyak 291 penerbangan tambahan diluluskan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) ke pelbagai destinasi di dalam negara sempena Tahun Baharu Cina dalam usaha menangani kenaikan harga tiket penerbangan domestik ketika musim perayaan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata penerbangan tambahan yang diluluskan bagi tempoh 18 Januari hingga 31 Januari itu melibatkan syarikat penerbangan antaranya Batik Air, AirAsia, Malaysia Airlines, MyAirline dan SKS Airways.

“Ini (penerbangan tambahan) merupakan satu pendekatan berkesan menangani masalah kenaikan harga tiket penerbangan khususnya semasa musim perayaan yang menjadi isu sejak sekian lama dan pendekatan sama akan diguna pakai pada musim perayaan lain termasuk hari raya,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan penerbangan tambahan ke Sabah dan Sarawak oleh Batik Air dan destinasi baharu ke Jepun, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Tan Sri Mohd Khairul Adib Abdul Rahman, Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kassim, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Kapten Mushafiz Mustafa Bakri.

Loke berkata Batik Air hari ini melancarkan 35 penerbangan tambahan ke Sabah dan Sarawak pada harga tetap iaitu RM299 ke Kuching dan RM399 ke Kota Kinabalu dalam usaha memastikan keseimbangan bekalan dengan permintaan untuk tiket sekali gus mengurangkan penetapan harga yang tinggi.

Batik Air juga menawarkan 42 penerbangan tambahan  dari Subang Skypark ke Johor Bharu, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Langkawi pada harga RM259 sehala.

Dalam pada itu, menurutnya tiga destinasi baharu ke Jepun yang diperkenalkan Batik Air iaitu Tokyo, Sapporo dan Osaka akan memperkukuh hubungan perdagangan, pelancongan serta bidang lain antara Malaysia dan Jepun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR