Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Isu Pengambilalihan Pengurusan Menara KL, TM Tampil Beri Penjelasan

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 5:09PM

TM menjelaskan bahawa Menara KL (MKL) adalah milik kerajaan manakala operasi dan penyelenggaraan menara itu dijalankan secara konsesi. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Berhad (TM) menjelaskan bahawa Menara KL dimiliki kerajaan, manakala operasi dan penyelenggaraan menara itu diberikan di bawah satu konsesi.

Penyedia telekomunikasi negara itu melalui anak syarikat milik penuhnya, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) berkata, ia melaksanakan konsesi terbabit sejak 1996.

Malah katanya, sebagai sebahagian daripada program transformasi bisnesnya, TM menumpukan usaha dan sumber untuk mengukuhkan perniagaan teras, iaitu telekomunikasi dan teknologi.

“Selepas pertimbangan sewajarnya terhadap perubahan sifat perniagaan Menara KL, daripada perkhidmatan telekomunikasi kepada pelancongan dan hospitaliti, TM pada Oktober 2021 memutuskan untuk tidak memperbaharui konsesi Menara KL dan memaklumkan sewajarnya kepada kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pada tahun ini, proses pemilihan syarikat konsesi baharu dilaksanakan kerajaan dengan TM dimaklumkan mengenai syarikat yang dilantik untuk mengambil alih saham MKLSB dan konsesi Menara KL.

Katanya, MKLSB akan terus mengendalikan konsesi dan memastikan kesinambungan operasi Menara KL untuk rakyat Malaysia, termasuk pelancong asing.

“Pekerja akan kekal bekerja dengan MKLSB di bawah syarikat konsesi baharu untuk tempoh minimum tiga tahun.

“Ini bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara menerusi peralihan ini,” katanya.

TM berkata, dalam pengumuman kewangan suku ketiga 2022 kepada Bursa Malaysia, satu rujukan sudah dibuat berhubung perubahan mengenai pegangan saham dalam MKLSB.

Jelasnya, TM mengamalkan tadbir urus yang baik dan ketelusan dalam urusan perniagaan bagi memelihara kepentingan pelanggan serta pihak berkepentingan.

“TM akan memberikan kerjasama dan butiran penuh diperlukan pihak berkuasa. Membina komitmen kami untuk mengupayakan Digital Malaysia, TM akan terus menyampaikan perkhidmatan telekomunikasi dan teknologi terbaik kepada komuniti, perniagaan, kerajaan dan industri,” katanya.

Isu pengambilalihan pengurusan Menara KL tular di media sosial apabila orang ramai mempersoalkan keputusan TM melalui MKLSB memindahkan pemilikan penuh mereka kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd pada Oktober lalu.

Satu akaun Twitter dikenali sebagai @FreeMsian mendakwa Menara KL yang menjana pendapatan RM66 juta pada 2019 dengan untung bersih RM25 juta, sebagai ‘cash cow’ dan pemindahan saham itu tidak dihebahkan kepada umum.

Difahamkan, pemindahan semua 10 juta saham MKLSB berlaku pada 31 Oktober ketika Tan Sri Annuar Musa menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Bagaimanapun, Annuar pada Selasa lalu, menjelaskan kementeriannya tidak pernah mengambil bahagian dalam mana-mana perjanjian dalam isu pemilikan Menara KL yang dikatakan hanya membabitkan TM.

Selasa lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pula berkata, beliau memandang serius isu dibangkitkan di media sosial itu dan akan meneliti isu pengambilalihan pengurusan Menara KL daripada TM oleh Hydroshoppe.

Beliau turut mengesahkan, sudah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada kementerian pada 14 Disember lalu dan akan menerima satu taklimat menyeluruh berhubung perkara ini daripada TM pada 3 Januari ini. - Getaran, 29 Disember 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini