web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Batalkan Segera Ratifikasi CPTPP, Elak GLC Alami Kerugian - DPMM

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 11:58AM

Abdul Halim Husin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menarik diri daripada ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kadar segera, bagi mengelak sebarang implikasi negatif ke atas ekonomi negara.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abdul Halim Husin berkata, CPTPP yang telah diratifikasi dilihat lebih menyasarkan akses pasaran untuk syarikat asing ke dalam perolehan domestik.

Menurut beliau, tindakan berkenaan akan menyekat perusahaan milik kerajaan kerana ia meletakkan syarat kepada kawalan modal dalam situasi krisis kewangan.

“Keadaan itu sangat mengganggu kedaulatan negara dan pembuat dasar isu bukan perdagangan, termasuk dalam pelaburan, perolehan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tindakan afirmatif bagi Bumiputera.

“Pembaharuan sememangnya diperlukan dalam banyak dasar, institusi dan amalan negara, malah kami akan menyokong komitmen kerajaan untuk pembaharuan dan membina semula ekonomi negara,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Halim berkata, instrumen yang mengikat secara sah seperti CPTPP bagi tujuan meliberalisasikan ekonomi negara dan meningkatkan hak korporat asing dilihat tidak mampu memenuhi matlamat tersebut.

“Tidak menjadi sebahagian daripada negara yang meratifikasi CPTPP bukan bermakna ia akan memudaratkan ekonomi atau membuatkan Malaysia mundur daripada pasaran global,” katanya.

Jelasnya, ini kerana hubungan ekonomi semasa Malaysia dengan negara lain melalui pelbagai perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia dan perjanjian perdagangan dan pelaburan dua hala serta serantau terus terpakai.

“Bahagian pasaran eksport dan pelaburan asing ke Malaysia sehingga kini adalah hasil daripada pelbagai dasar dan insentif yang tiada kaitan dengan perjanjian CPTPP,” katanya.

Pada 5 Oktober lalu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) menerusi kenyataan memaklumkan, Kabinet bersetuju meratifikasi CPTPP.

Jurucakap MITI berkata, ia selaras dengan penyerahan Instrumen Ratifikasi (IOR) kepada depositari CPTPP, New Zealand pada 30 September.

Penyerahan IOR itu menyaksikan Malaysia menjadi negara kesembilan meratifikasi CPTPP.

Selain Malaysia, lapan lagi negara iaitu Australia, Kanada, Jepun, Mexico, New Zealand, Singapura, Vietnam dan Peru.

Dalam perkembangan berkaitan, Gabungan Kedaulatan Negara menerusi kenyataan kepada Getaran memaklumkan, CPTPP akan mengehadkan kebebasan Malaysia untuk mengubah dan membalikkan haluan apabila berlaku kesilapan ke atas sesuatu dasar.

Jelas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, ia juga akan memberi kesan kepada keuntungan pelabur asing, sekali gus mencetuskan tuntutan pampasan yang besar.

“Inilah masanya untuk menjaga kedaulatan negara dan ruang dasar kita, bukan mengurangkannya.

“Rakyat Malaysia tidak boleh menerima analisis kos dan manfaat yang tidak menyeluruh dan telus.

“Kami tidak boleh menerima jaminan bahawa masih ada ruang dasar, sedangkan apa yang diperlukan sekarang lebih daripada itu,” katanya. - Getaran, 13 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan