Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ringgit Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 9:54AM

Pada 9 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.3925/3985 berbanding dolar AS daripada 4.3960/4000 pada akhir urus niaga semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas unit negara maju itu susut akibat faktor risiko serta prestasi ekuiti yang lebih baik biarpun tiada sebarang pemangkin baharu ketika ini.

Kalangan penggiat pasaran sebaliknya menunggu keputusan dasar monetari pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) dan Bank Pusat Eropah pada minggu depan bagi mendapatkan petunjuk baharu, kata penganalisis.

Pada 9 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.3925/3985 berbanding dolar AS daripada 4.3960/4000 pada akhir urus niaga semalam.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit dijangka diniagakan lebih baik dalam senario mesra risiko berikutan data Tuntutan Pengangguran AS yang dikeluarkan semalam menunjukkan pasaran tenaga kerja AS yang perlahan.

“Berikutan itu, perkembangan ini adalah positif dari segi sentimen risiko kerana kurangnya permintaan terhadap dolar AS. Pada masa sama, tukaran asing Asia terus memanfaatkan sentimen pembukaan semula China dan saya menjangkakan ringgit adalah antara mata wang yang mendapat sambutan pada 2023,” katanya kepada Bernama.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz pula berkata dolar AS mencatat perubahan kecil berbanding ringgit berikutan kekurangan arah pada masa ini.

Menurutnya, dari sudut teknikal, dolar AS kini dalam peringkat sokongan dengan Indeks Kekukuhan Relatif (RSI) berada pada 26.94 berbanding ringgit.

“Sebarang angka di bawah 30 dalam RSI itu cenderung menunjukkan bahawa penjual menekan harga terlalu rendah. Terdapat kemungkinan bahawa dolar AS akan bergerak sehingga ke paras 4.5000 berbanding ringgit dalam beberapa hari lagi,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama pada pagi ini.

Ringgit rendah berbanding pound Britain kepada 5.3755/3829 daripada 5.3504/3552 dan susut berbanding euro kepada 4.6385/6448 daripada 4.6127/6169, semalam.

Unit tempatan itu juga susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2482/2531 daripada 3.2381/2415 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.2142/2190 daripada 3.2090/2121, sebelum ini. - Bernama

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 22 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini