web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nutanix Buka Pusat Sokongan Rakan Niaga Baharu Di Malaysia

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 1:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nutanix Inc, peneraju pengkomputeran awan persendirian, hibrid awan dan ‘multicloud’ baru-baru ini telah melancarkan Pusat Sokongan Rakan Niaga (PSC) serantau di Malaysia dan berazam untuk terus mengukuhkan operasinya di rantau Asia Pasifik (APAC).

Pengurus Negara Nutanix Malaysia Avinash Gowda berkata PSC yang baharu dibuka itu bertujuan menyetempatkan perkhidmatannya dengan menyediakan sistem sokongan pelbagai bahasa kepada rakan niaga di Malaysia dan negara-negara lain di rantau ini.

“Kami melihat ini sebagai pelaburan strategik terutamanya kerana Malaysia mempunyai populasi muda berkemahiran yang sangat besar serta semua infrastruktur yang diperlukan untuk syarikat teknologi maklumat menubuh dan menjalankan operasi.

“Oleh itu, apabila kami menilai pertumbuhan di seluruh rantau APAC, yang merupakan antara rantau yang paling pesat berkembang di dunia, kami melihat Malaysia mempunyai semua komponen yang tepat untuk kami meninjau pelaburan,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di sini.

Nutanix Inc yang berpangkalan di San Jose, California dan tersenarai di Nasdaq, telah beroperasi di Malaysia selama enam tahun.

Menurut Avinash, PSC akan mengguna pakai konsep ‘everything-as-a-service’ (EaaS) yang akan menyediakan rakan-rakan niaga dengan penyelesaian bersesuaian dengan asas pelanggan seperti perkhidmatan infrastruktur, perkhidmatan penyimpanan, perkhidmatan perisian atau pangkalan data sebagai perkhidmatan.

“PSC akan membantu Nutanix mencapai salah satu tujuan utamanya iaitu mendorong lebih banyak penjualan perkhidmatan melalui kerjasama strategik,” tambah beliau.

Avinash menjelaskan pelanggan Nutanix Malaysia pada masa ini terdiri daripada perusahaan besar termasuk bank dan agensi kerajaan yang sedang melaksanakan transformasi digital dengan 64 peratus pelanggan mereka berpusat di Lembah Klang.

Justeru, syarikat ini berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan ke seluruh negara, terutama Sabah dan Sarawak memandangkan kini lebih banyak perniagaan berpotensi bergerak ke arah penggunaan perkhidmatan berasaskan pengkomputeran awan.

“Syarikat kami sedang pesat berkembang dan kami mengambil lebih ramai pekerja dalam bidang perniagaan perusahaan kerana itulah perniagaan yang paling cepat meningkat naik dan berpotensi tinggi, selain sektor awam.

“Kerajaan juga telah membuat beberapa pengumuman yang berpandangan jauh dari segi mengurus dan menggalakkan penggunaan awan bukan sahaja oleh sektor swasta tetapi juga sektor awam dan Nutanix sangat gembira berada di sini kerana kami sangat berpengalaman dalam bidang hibrid awan,” kata Avinash. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Malaysia Antara 5 Negara APAC Punyai E-mel Berniat Jahat Tertinggi Pada 2022 - Kaspersky

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Mesyuarat PSC Bincang Isu Azam Baki Ditangguh

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Pecat Azam Baki Jika Enggan Kerjasama - Kit Siang

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori