web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pecat Azam Baki Jika Enggan Kerjasama - Kit Siang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 9:00PM

Lim Kit Siang - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu dipecat sekiranya tidak bersedia untuk hadir di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC).

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, sekiranya Azam tidak bersedia untuk hadir di hadapan jawatankuasa khas berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menamatkan portfolio beliau.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, tindakan segera untuk memindahkan SPRM dari Jabatan Perdana Menteri ke Parlimen juga perlu dilaksanakan.

“Cadangan ini perlu dibentangkan Ismail Sabri untuk kelulusan Kabinet dalam mesyuarat esok atau sememangnya tidak ada mesyuarat Kabinet yang akan berlangsung (esok),” katanya hari ini.

Menurut beliau, tindakan Perdana Menteri yang hanya berdiam diri, menunjukkan kerajaan sedia ada tidak serius dan tegas dalam melawan rasuah.

“Kesunyian Ismail Sabri mengenai perkara yang melibat akauntabiliti, ketelusan, dan integriti SPRM dan pegawainya selama dua bulan ini merupakan satu titik hitam untuk Kerajaan Ismail Sabri.

“Adakah perkara ini terjadi kerana SPRM mungkin mempunyai bukti-bukti mengenai ketiadaan integriti dalam kalangan Jemaah Menteri,” katanya lagi.

Kit Siang semalam menggesa Azam meletak jawatan jika beliau enggan bekerjasama dengan siasatan PSC.

Sekadar info, PSC untuk agensi kerajaan diketuai Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai), bagaimanapun beliau masih belum memaklumkan jika Azam akan berdepan siasatan jawatankuasa tersebut atau sebaliknya.

Setakat ini, dua ahli PSC untuk agensi kerajaan - Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) dan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) telah memohon secara terbuka untuk siasatan diadakan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM itu didakwa memiliki antara 1.9 juta hingga 2.9 juta saham dalam sebuah syarikat senarai awam pada 2016, serta 2.15 juta waran dalam syarikat lain.

Ketika itu, Azam adalah Pengarah Bahagian Siasatan SPRM.

Pemilikan semua saham tersebut didedahkan Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah baru-baru ini di Dewan Rakyat.

Ia diikuti peletakan jawatan ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Profesor Dr Edmund Terence Gomez yang mendakwa, panel SPRM enggan membincangkan semua tuduhan berkenaan.

SPRM dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai perkara itu esok. - Getaran, 4 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 36 minit yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 20 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad