Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pasaran Tunggu Pembentukan Kerajaan Baharu

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 7:28PM

Indeks utama itu dibuka 14.77 mata lebih rendah kepada 1,434.55 sebelum bergerak dalam wilayah penurunan sepanjang hari ini dengan tumpuan kekal terarah kepada hasil rundingan antara pelbagai parti politik - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia meredakan sebahagian besar penurunan awalnya untuk ditutup sedikit rendah pada Isnin, berikutan ketidakpastian mengenai pembentukan kerajaan baharu terus menjejaskan sentimen pasaran.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 1.36 mata atau 0.09 peratus untuk berakhir pada paras tertinggi harian 1,447.96 daripada 1,449.32 ketika ditutup pada Khamis minggu lepas.

Indeks utama itu dibuka 14.77 mata lebih rendah kepada 1,434.55 sebelum bergerak dalam wilayah penurunan sepanjang hari ini dengan tumpuan kekal terarah kepada hasil rundingan antara pelbagai parti politik.

Penjualan besar-besaran pada sebelah pagi menyebabkan FBM KLCI merosot sebanyak 21.31 mata kepada paras terendah harian 1,427.75 pada satu ketika, sebelum bergelut dengan turun naik untuk meningkat secara berterusan bagi memulihkan sebahagian besar penurunan yang dialami sebelum itu.

Aliran menurun yang sememangnya dijangkakan ini menyebabkan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 510 berbanding 378, manakala 362 kaunter tidak berubah, 1,082 kaunter tidak diniagakan dan 48 yang lain digantung bagi keseluruhan pasaran.

Bagaimanapun, jumlah dagangan melonjak kepada 4.29 bilion unit bernilai RM2.5 bilion daripada 2.63 bilion unit bernilai RM1.85 bilion pada Khamis minggu lepas.

Seorang ahli ekonomi yang meminta namanya tidak dinyatakan berkata turun naik ketara dalam pasaran ekuiti hari ini sebenarnya dijangkakan memandangkan keadaan Parlimen tergantung telah membawa kepada beberapa bentuk ketidaktentuan.

Beliau berkata bagaimanapun, pasaran agak stabil susulan reaksi yang kelihatan seperti spontan pada sesi awal.

“Saya berpandangan negara telah melalui beberapa gelora politik sejak 2018 selain kejutan COVID-19 pada 2020 dan 2021.

“Oleh yang demikian, pasaran mungkin berhati-hati kerana insiden politik masih berlaku. Lebih cepat kerajaan baharu boleh dibentuk, maka lebih baik ia untuk pasaran,” katanya kepada Bernama.

Proses untuk ketua parti politik dan gabungan parti politik mengemukakan gabungan parti-parti politik bagi pembentukan kerajaan baharu dan calon Perdana Menteri, yang terdahulu ditetapkan sebelum pukul 2 petang hari ini, dilanjutkan sehingga pukul 2 petang esok.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata bursa tempatan berjaya meningkat semula daripada penurunan yang dialaminya pada sebelah pagi memandangkan wujudnya pembelian semasa harga murah.

Beliau menjangkakan ekuiti tempatan mengalami turun naik yang lebih ketara serta ketidaktentuan sehingga kerajaan baharu dibentuk.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM8.54, IHH Healthcare turun satu sen kepada RM5.96 dan Hong Leong Bank kurang empat sen pada RM20.62.

Bagaimanapun, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing meningkat dua sen kepada RM4.33 dan RM8.64 manakala CIMB meningkat 10 sen kepada RM5.51 serta Tenaga menokok tiga sen kepada RM8.41.

Bagi saham aktif, Advance Synergy menambah 3.5 sen kepada 16 sen, Dagang NeXchange naik 6.5 sen kepada 57 sen, Malayan United Industries naik satu sen kepada 10 sen, manakala Eden meningkat 2.5 sen kepada 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 4.43 mata kepada 10,274.81 dan Indeks FBMT 100 turun 5.81 mata kepada 10,005.0.

Bagaimanapun, Indeks FBM Emas naik 8.72 mata kepada 10,407.49; FBM 70 menokok 7.44 mata kepada 12,166.94 dan FBM ACE menambah 37.58 mata kepada 4,952.5.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.32 mata kepada 178.92; Indeks Tenaga menokok 3.04 mata kepada 726.37; Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 31.98 mata kepada 16,207.78 namun Indeks Perladangan susut 41.06 mata kepada 6,839.17.

Jumlah dagangan Pasaran Utama melonjak kepada 3.6 bilion saham bernilai RM12.33 bilion daripada 1.85 bilion saham bernilai RM1.65 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 322.42 juta unit bernilai RM46.07 juta daripada 399.82 juta unit bernilai RM75.64 juta pada Khamis.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 363.97 juta saham bernilai RM121.19 juta daripada 387.19 juta saham bernilai RM120.68 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 1.99 bilion saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (515.38 juta); pembinaan (47.03 juta); teknologi (383.28 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (73.92 juta); hartanah (155.75 juta); perladangan (16.46 juta); REIT (6.13 juta), dana tertutup (18,500); tenaga (129.21 juta); penjagaan kesihatan (98.13 juta); telekomunikasi dan media (17.13 juta); pengangkutan dan logistik (30.84 juta) serta utiliti (141.29 juta).

Pasaran ditutup pada Jumaat minggu lepas susulan cuti am bagi memudahkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 1 bulan yang lalu

DAP Menjunjung Titah Agong Untuk Lakukan Yang Terbaik Perkukuh Kestabilan Politik

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM