Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Pelarasan Bajet Mungkin Dibuat Berdasarkan Ekonomi Semasa Pembentangan Semula - Zafrul

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 7:07PM

Tengku Zafrul menegaskan bajet yang dibentangkan pada 7 Oktober lepas bukan sahaja "belanjawan yang bertanggungjawab" tetapi juga "inklusif, lebih progresif" dan yang paling penting ialah "mampan" - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Bajet 2023 mungkin menyaksikan beberapa pelarasan berdasarkan ekonomi semasa ia dibentangkan semula, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini. 

Bagaimanapun, Tengku Zafrul menegaskan bajet yang dibentangkan pada 7 Oktober lepas bukan sahaja "belanjawan yang bertanggungjawab" tetapi juga "inklusif, lebih progresif" dan yang paling penting ialah "mampan". 

Bercakap pada Sidang Kemuncak Asia Future, anjuran The Straits Time yang julung kali diadakan di sini, Tengku Zafrul menekankan bahawa belanjawan itu akan menyaksikan penurunan defisit.

"Mungkin terdapat beberapa pelarasan berdasarkan ekonomi pada masa itu. Terus terang saya beritahu anda. Kami kena lihat (keadaan) ekonomi global yang akan menjejaskan ekonomi Malaysia," katanya. 

Bajet itu bukan sahaja mengutamakan perbelanjaan dalam sektor terpenting bagi pengembangan ekonomi tetapi juga membangunkan kumpulan yang betul untuk bergerak ke hadapan termasuk kawasan yang kurang maju.

Segmen beliau telah direkodkan dan dimoderatorkan oleh Ketua Biro Malaysia The Straits Times, Shannon Teoh.

Tengku Zafrul berkata demikian ketika ditanya sama ada Bajet 2023 akan dibentangkan semula tanpa sebarang perubahan atau atau "hampir dengan apa yang dibentangkan pada bulan lepas" jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Kepada soalan sama ada kerajaan BN akan memperkenalkan dasar "kurang populis" selepas pilihan raya umum seperti subsidi bersasar atau memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Tengku Zafrul menjawab: "Kami jelas tidak akan komited terhadap sebarang langkah drastik yang tidak digariskan kerana bimbang ianya akan menjejaskan momentum pertumbuhan."

"Kami perlu meningkatkan kutipan hasil kerana ia masih agak rendah. Perkara ini perlu ditangani," katanya. 

Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dijangka berkurangan sebanyak 4.4 peratus menjelang 2023 kepada RM272.6 bilion atau 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berikutan jangkaan kutipan hasil bukan cukai yang lebih rendah.

Hasil bukan cukai pada 2023 dijangka merosot sebanyak 23 peratus dari tahun ke tahun kepada RM67 bilion disebabkan dividen yang kurang memberangsangkan daripada entiti kerajaan.

Ini sejajar dengan laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada 7 Oktober lepas.

Bajet 2023 dibentangkan tiga hari sebelum Parlimen dibubarkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkenalkan Mekanisma Efektif Pantau Pelaksanaan Belanjawan 2023 - Lam Thye

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pastikan Agensi Islam Amal Tatakelola Baik, Julang Integriti Seperti Dihasratkan PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Belanjawan 2023 Dapat Pastikan Kesejahteraan Rakyat - Menteri Besar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Belanjawan 2023 Utamakan Kebajikan, Kesejahteraan Rakyat Demi Terus Memelihara Keharmonian - Aaron

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM