web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UOB Selesai Ambil Alih Perniagaan Perbankan Pengguna Citigroup Di Malaysia, Thailand

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 11:43AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UOB telah menyelesaikan pengambilalihan perniagaan perbankan pengguna Citigroup di Malaysia dan Thailand, manakala langkah serupa di Indonesia dan Vietnam telah dirancang untuk 2023.

Perniagaan pengguna terdiri daripada portfolio pinjaman tidak bercagar dan bercagar,  pengurusan kekayaan dan perniagaan deposit runcit Citigroup.

Pengambilalihan itu adalah sebahagian daripada strategi UOB untuk meningkatkan perniagaan runcit Asean di luar pasaran asalnya di Singapura.

“Sebaik sahaja selesai, pengambilalihan itu dijangka menggandakan pangkalan pelanggan runcit sedia ada UOB di empat pasaran kepada 5.3 juta pelanggan dan menambah 5,000 orang kepada kekuatan pasukannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Pengambilalihan itu menyediakan UOB skala yang lebih besar dan menyokong cita-cita kami untuk menjadi bank pilihan bagi pengguna dan perniagaan di ASEAN,” kata Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UOB Wee Ee Cheong.

Pada 14 Januari 2022, Citi dan UOB mengumumkan mereka telah memeterai perjanjian untuk UOB menguasai perniagaan perbankan pengguna Citi di Thailand, Malaysia, Vietnam dan Indonesia.

Sejak Citi mengumumkan bahawa ia berhasrat untuk keluar daripada perbankan pengguna merentas 14 pasaran di Asia, Eropah, Timur Tengah dan Mexico, perjanjian jualan telah ditandatangani di sembilan pasaran.

Transaksi kini telah ditutup di empat pasaran, Australia, Filipina, Thailand dan Malaysia.

Citi juga dalam proses untuk membubarkan perbankan penggunanya di Korea Selatan dan Rusia.

“Citi terus kekal komited di Malaysia dan Thailand, dan kami akan melabur lebih jauh dalam kedua-dua pasaran merentasi francais institusi terkemuka kami untuk menyokong pelanggan di dalam negara dan tempat mereka menjalankan perniagaan di seluruh rangkaian Citi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Citi Asia Pasifik Peter Babej.

Sementara itu CEO Citi Legacy Franchises Titi Cole berkata, “Dengan selesainya penjualan ini, kami kini telah melupuskan empat perniagaan pengguna dan membuat kemajuan pantas dalam menyampaikan  strategi firma yang lebih segar”. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis