Berita Terkini

3 jam yang lalu: Rayuan Abdul Azeez kes saman fitnah terhadap Guan Eng didengar 19 Mei 2023 3 jam yang lalu: LIAM harap kerajaan baharu lanjutkan inisiatif Baucar Perlindungan Tenang 3 jam yang lalu: Piala Agong: Terengganu, Putrajaya buat perhitungan di final 3 jam yang lalu: PETRONAS rekod prestasi teguh bagi sembilan bulan 3 jam yang lalu: PH tidak letak syarat bentuk kerajaan negerti - Wan Rosdy

IKUTI KAMI


ASNB Umum Agihan Pendapatan ASM 3 Sebanyak 3.75 Sen Seunit

Ekonomi Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 7:59PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) sebanyak 3.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2022.

ASNB turut mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan ASM 3 berjumlah RM573.66 juta, yang akan memberi manfaat kepada 551,685 pemegang unit yang memiliki 15.30 bilion unit.

“Secara keseluruhannya, dana ini merekodkan pendapatan kasar berjumlah RM757.81 juta dan RM575.87 juta pendapatan bersih direalisasi di sebalik kebimbangan kemelesetan dan gangguan rantaian bekalan global yang menjejaskan prestasi pasaran global,” menurut PNB dalam kenyataan pada Jumaat.

PNB menambah, pendapatan untuk ASM 3 diperoleh daripada hasil keuntungan yang direalisasi, dividen serta lain-lain pendapatan daripada pelaburan domestik dan antarabangsa. 

Strategi kepelbagaian yang dilaksanakan oleh dana ini terus menunjukkan hasil yang positif dengan ekuiti antarabangsa menyumbang 40.9 peratus kepada pendapatan kasar keseluruhan dana, jelasnya.

Menurut PNB. pengagihan pendapatan ASM 3 adalah bersamaan dengan jumlah pulangan sebanyak 3.75 peratus mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada 2.02 peratus iaitu sebanyak 173 mata asas bagi tahun kewangan setakat 22 September 2022. 

Dalam tempoh yang sama, FTSE Bursa Malaysia KLCI susut sebanyak 6.41 peratus daripada 1,537.80 mata pada penutup 30 September 2021 kepada 1,439.16 mata pada 22 Sept, 2022 apabila indeks mula mencatatkan aliran keluar pelaburan asing walaupun situasi pandemik COVID-19 semakin bertambah baik, tambahnya.

Menurut PNB, pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASM 3 adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana tersebut. 

“Pengagihan yang diisytiharkan oleh ASM 3 akan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Oktober 2022,” jelasnya.

Urus niaga ASM 3 di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platfom digital dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 30 September, 2022. 

Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal myASNB (www.myasnb.com.my) atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Okt, 2022 atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 2 Oktober, 2022. - Bernama

Sorotan

1

MET Malaysia Jangka Hujan Lebat Berterusan Di 8 Negeri Bermula Esok

2

'Saya Mahu Bermain Muzik Dengan Kalian Sampai Tua' - Pusakata, Payung Teduh Bergabung Kembali

3

Yayasan Sutra Ramli Ibrahim Buat Persembahan Di Pesta Tarian India

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Bursa Malaysia Ditutup Dalam Julat Negatif Susulan Pengambilan Untung Berterusan

Ekonomi 16 jam yang lalu

MyAirline Optimis Catat Prestasi Positif Tunai Mulai Tahun Pertama

Ekonomi 1 hari yang lalu

Kerangka KBN Untuk Tambah Baik Belanjawan Negeri - Rizam

oleh Aiman Sadiq

Ekonomi 21 jam yang lalu

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah AS$105.23 Bilion Pada Akhir Oktober - BNM