Berita Terkini

8 jam yang lalu: Laksanakan inisiatif untuk penjawat awam ikut masa, tanpa birokrasi - CUEPACS 8 jam yang lalu: PDRM nafi Jho Low dikeluarkan daripada senarai notis merah Interpol - Bukit Aman 9 jam yang lalu: AS boleh bekerja dengan sesiapa sahaja yang menang dalam PRU-15 Malaysia - Duta Besar 9 jam yang lalu: Bajet 2023: Digital Nasional Berhad akan perluas rangkaian 5G di seluruh negara 10 jam yang lalu: Bajet 2023: RM332 juta disediakan untuk wujudkan program latihan dan fasiliti sukan yang terbaik

IKUTI KAMI


Malaysia Dijangka Tidak Alami Kemelesetan, Disokong Kepelbagaian Ekonomi - Abdul Wahid

Ekonomi Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 12:33PM

Abdul Wahid berkata Malaysia juga tempat pasaran modal Islam terkemuka dunia yang bernilai RM2.2 trilion, mewakili hampir dua pertiga daripada jumlah pasaran modal. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak mungkin terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi memandangkan struktur kepelbagaian ekonominya yang kurang bergantung kepada komoditi, selain mengamalkan dasar pragmatik dan responsif, kata Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata sektor pertanian dan perlombongan kini hanya menyumbang 14 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, manakala sektor perkhidmatan menyumbang 57 peratus dan sektor pembuatan pula sebanyak 24.3 peratus.

“Kepelbagaian rakan dagangan kami -- kami tidak terlalu bergantung kepada satu negara tertentu sahaja -- menambah daya tahan ekonomi kami,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Invest Malaysia 2022 Siri 1: Membina Daya Tahan Dalam Situasi Kemeruapan di sini, pada Rabu.

Beliau berkata bank dan syarikat perkhidmatan kewangan Malaysia mempunyai wajaran yang ketara dalam indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI dan indeks kemampanan FTSE4Good Bursa Malaysia.

“Tujuh saham perbankan ini sahaja iaitu Maybank, Public Bank, CIMB Bank, Hong Leong Bank, RHB Bank dan Alliance Bank mempunyai gabungan permodalan pasaran berjumlah RM325.36 bilion atau kira-kira 20 peratus daripada jumlah permodalan pasaran RM1.65 trilion setakat akhir Jun 2022,” katanya.

Abdul Wahid berkata sistem kewangan ini dilengkapi dengan pasaran hutang dan modal ekuiti yang berfungsi dengan baik, yang bernilai RM3.5 trilion pada 30 Jun, 2022 dengan pasaran modal hutang menyumbang RM1.8 trilion dan pasaran modal ekuiti membentuk RM1.7 trilion.

“Malaysia juga tempat pasaran modal Islam terkemuka dunia yang bernilai RM2.2 trilion, mewakili hampir dua pertiga daripada jumlah pasaran modal,” katanya.

Beliau berkata keteguhan dan kestabilan sistem kewangan adalah faktor penting daya tahan Malaysia, apabila bank tempatan mempunyai permodalan yang baik, cair, diurus secara lebih baik serta dikawal dan diselia dengan berkesan oleh Bank Negara Malaysia.

“Bank juga terus melaksanakan peranan perantaraan mereka dengan menggerakkan dana untuk disalurkan kepada sektor ekonomi yang produktif,” katanya.

Abdul Wahid berkata di peringkat global, ketegangan perdagangan Amerika Syarikat-China serta krisis Ukraine-Rusia juga menyebabkan harga komoditi dan kos logistik melonjak seterusnya mengakibatkan tekanan inflasi yang tinggi di seluruh dunia dan ini memaksa bank-bank pusat mengetatkan dasar monetari masing-masing untuk mengekang inflasi.

“Ini berkemungkinan menyebabkan kelembapan ekonomi dan potensi kemelesetan di sesetengah negara pada 2023,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Harga Telur Tidak Naik Atau Apung, Kerajaan Jamin Jaga Keperluan Rakyat

2

Sarapan Terakhir Bersama UKK, Tuan Ibrahim Beri Bayangan Parlimen Hampir Dibubar?

3

‘Saya Tak Mengandung, Cuma Terlebih Makan’- Sharifah Sakinah 

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 18 jam yang lalu

Bajet 2023: Galakkan Lebih Banyak Eksport, FDI Untuk Tingkatkan Tarikan Ringgit

Ekonomi 9 jam yang lalu

Pendapatan Pelaburan KWSP Merosot 21 Peratus Kepada RM27 Bilion