web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Trafik Penumpang Udara Dijangka Cecah 49 Juta Hujung 2022

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 3:44PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Malaysia dijangka mencatatkan jumlah trafik penumpang udara antara 32.6 juta dan 49 juta penumpang menjelang hujung tahun ini berikutan pertumbuhan positif ditunjukkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata statistik Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menunjukkan jumlah trafik penumpang udara negara meningkat 574.6 peratus dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas, iaitu mencapai kira-kira 16.3 juta penumpang.

Berucap pada majlis pelancaran Program Keselamatan Penerbangan Kebangsaan (SSP) di sini hari ini, Ka Siong berkata jumlah pergerakan pesawat bagi enam bulan pertama tahun ini adalah 288,076 pergerakan.

Menurutnya bagi jumlah trafik kargo udara untuk tahun ini pula, dijangka berkembang antara 3.9 peratus dan 6.7 peratus berbanding 2021, iaitu antara 21.5 bilion hingga 22 bilion tan kargo setiap kilometer (FTK).

Memetik data Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), beliau berkata jumlah penumpang udara akan pulih sepenuhnya paling awal menjelang 2024 bergantung kepada situasi semasa di rantau ini.

Katanya berdasarkan perkembangan positif itu, Kementerian Pengangkutan optimis untuk membangunkan sektor penerbangan bagi memulihkan industri pelancongan negara.

“Pengangkutan udara yang efisien, menepati waktu, selamat dan boleh dipercayai akan menjadi faktor utama pemacuan ekonomi dan sosial Malaysia,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Penumpang Teruja Juruterbang Pasang Lagu 'Bey Sobar Bey'

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Maklumat Statistik Kes Kemalangan Secara Harian Disiar Secara Masa Nyata

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ