Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


U Mobile Sahkan Tidak Melabur Dalam DNB

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 11:29AM

U Mobile memaklumkan, pihaknya bersama syarikat telekomunikasi lain kini berunding untuk memuktamadkan perjanjian akses 5G bersama DNB - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi U Mobile yakin akan terus mampu menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggannya, biarpun memutuskan untuk tidak melabur dalam Digital Nasional Bhd (DNB).

Menurut U Mobile, keyakinan itu kerana akses kepada infrastruktur rangkaian 5G DNB ditadbir perjanjian akses berasingan yang tidak berkait dengan pelaburan dalam DNB.

U Mobile memaklumkan, pihaknya bersama syarikat telekomunikasi lain kini berunding untuk memuktamadkan perjanjian akses 5G bersama DNB.

“Sebaik sahaja ia dimuktamadkan dan ditandatangani, akses 5G DNB apabila digabungkan dengan rangkaian 4G sedia ada U Mobile, membolehkan pelanggan U Mobile menikmati pengalaman sambungan benar-benar lancar,” menurut kenyataan itu.

Mengenai keputusan tidak melabur itu, U Mobile berkata, pihaknya menyokong visi kerajaan untuk model rangkaian borong tunggal (SWN) bagi penggunaan 5G di Malaysia, malah menghargai pelawaan kerajaan untuk melabur dalam DNB.

“U Mobile sudah mengadakan perbincangan serta perundingan yang meluas mengenai perkara itu dan selepas mengambil kira terma pelaburan sedia ada, syarikat memutuskan tidak akan meneruskan pilihan pelaburan dalam DNB,” katanya.

Apapun, U Mobile berkata, pihaknya yakin mampu memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat Malaysia dengan menumpukan kepada kekuatannya dalam menyediakan sambungan serta perkhidmatan digital inovatif dan tiada tandingan yang akan merealisasikan potensi penuh teknologi 5G.

“U Mobile mempunyai kepercayaan penuh bahawa DNB akan mengikut jadual untuk penggunaan infrastruktur rangkaian 5G berkualiti dan ia akan melaksanakan mandat kerajaan untuk menyediakan liputan dan kapasiti 5G secara borong atas dasar saksama dan tidak diskriminasi melalui perjanjian akses 5G.

“U Mobile sudah menguji perkhidmatan 5G dan mengharapkan pelanggan kami menikmati faedah penuh 5G dengan produk serta perkhidmatan sedia 5G kami tidak lama lagi,” katanya.

Kelmarin, DNB memaklumkan, Pemeteraian Perjanjian Langganan Saham (SSA) antara Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) dan Digital Nasional Berhad (DNB) akan dimuktamadkan dalam masa terdekat

Jelasnya, walaupun SSA itu sudah dimuktamadkan dan bersedia dilaksanakan enam MNO pada 30 Ogos 2022, terdapat perubahan pada saat akhir.

DNB memaklumkan, perubahan itu membabitkan keputusan daripada dua MNO, iaitu satu memutuskan untuk tidak meneruskannya, manakala satu tidak memberi kata putus.

“Sehubungan itu, semakan kepada dokumen transaksi (SSA dan Perjanjian Pemegang Saham) perlu dibuat untuk membolehkan langganan ekuiti oleh empat MNO, seterusnya memerlukan kelulusan dalaman daripada kesemua pihak ini.

“Empat MNO kekal berminat dan dijangka proses penyertaan ekuiti akan diteruskan sehingga selesai dengan MNO berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Namun, DNB berkata, perbincangan mengenai Perjanjian Akses 5G sedang berjalan dengan semua enam MNO secara berasingan dan bebas.

“DNB komited untuk memastikan rangkaian dan infrastruktur 5G akan terus digunakan secara pantas.

“Pada masa ini, liputan 5G mencapai kira-kira 30 peratus kawasan berpenduduk dan berada di landasan betul untuk mencapai sasaran liputan 80 peratus kawasan berpenduduk menjelang 2024,” katanya. – 2 September 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 12 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini