web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Domino’s Pizza Malaysia Bakal Sertai Rangkaian Domino’s Antarabangsa Terbesar

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 3:23PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Domino’s Pizza Malaysia bakal menjadi sebahagian daripada rangkaian terbesar Domino’s di luar Amerika Syarikat (AS) menerusi cadangan pengambilalihan oleh Domino’s Pizza Enterprises Ltd (DPE).

DPE adalah kumpulan yang berpangkalan di Australia dan mengendalikan lebih 3,400 cawangan restoran Domino’s di sepuluh pasaran di seluruh dunia.

Kumpulan itu telah memeterai perjanjian mengikat dengan Mikenwill (M) Sdn Bhd, yang memiliki 100 peratus Dommal Food Services Sdn Bhd, pemegang francais induk di Malaysia; dan Impress Foods Pte Ltd, yang memiliki 100 peratus Domino’s Pizza di Singapura dan 65 peratus Domino’s Pizza di Kemboja; serta pemegang saham minoriti di Kemboja bagi baki 35 peratus pegangan.

“Ini akan menyaksikan DPE mengambil alih 100 peratus daripada perniagaan Domino’s Pizza di Malaysia, Singapura dan Kemboja, terdiri daripada 287 restoran korporat di pasaran terbabit.

“Perjanjian mengikat itu melibatkan pengambilalihan restoran korporat dan hak francais yang dipegang oleh Mikenwill (M) Sdn Bhd dan Impress Foods Pte Ltd. Pengambilalihan itu dijangka selesai pada akhir 2022,” kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia, Singapura, dan Kemboja Ba U Shan-Ting berkata sejajar dengan pengambilalihan tersebut, syarikat tersebut menyasar untuk mengembangkan bilangan restorannya kepada lebih daripada 600 bagi tempoh jangka panjang, menjadikannya rantaian piza terbesar di tiga negara tersebut.

Domino’s Pizza Malaysia merupakan pasaran Domino’s terbesar di Asia Tenggara, diuruskan oleh Dommal Food Services Sdn Bhd dengan 240 cawangan restoran di negara ini manakala Impress Foods Pte Ltd menguruskan pasaran di Singapura dan Kemboja masing-masing dengan 38 dan sembilan cawangan restoran.

“Pengambilalihan strategik terbaharu DPE di Malaysia, Singapura dan Kemboja itu adalah sejajar dengan pelan pengembangan berterusannya, terutamanya di Asia.

“Rekod prestasi membanggakan DPE dicerminkan menerusi pasaran antarabangsanya yang meluas di 13 negara di seluruh dunia yang bermula di pasaran Australia, dengan Taiwan menjadi tambahan terbaharu dalam portfolionya.

“DPE menyasar membuka 3,000 restoran Domino’s di Asia menjelang 2033,” kata syarikat itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengusaha Restoran Bertahan Tidak Naikkan Harga Demi Pelanggan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ