Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Airlines Beli 20 Pesawat A330neo

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 5:49PM

Gambar dari Airbus

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat induk Malaysia Airlines Bhd, Malaysia Aviation Group (MAG) telah memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu.

Pada majlis menandatangani memorandum persefahaman untuk pesanan rasmi, MAG menjelaskan perjanjian awal merangkumi pemerolehan 20 pesawat, yang mana, 10 akan dibeli daripada Airbus dan 10 lagi dipajak daripada Avolon yang berpangkalan di Dublin.

Ketua Pegawai Eksekutif MAG, Izham Ismail berkata pembelian A330neo adalah peningkatan semula jadi daripada armada A330ceo semasanya. 

"A330neo bukan sahaja akan menyediakan pemodenan armada serta melonjakkan kecekapan operasi, ia juga akan memenuhi sasaran alam sekitar melalui pengurangan pembakaran bahan api bagi setiap tempat duduk, sambil memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang yang menjadi terasnya," katanya dalam satu kenyataan.

"Ini merupakan pencapaian penting ketika MAG bergerak ke arah pelaksanaan Pelan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 yang akan meletakkan diri kami sebagai kumpulan perkhidmatan penerbangan yang terkemuka di rantau ini," katanya. 

Model A330neo, yang dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Trent 7000, akan menyertai armada enam pesawat jarak jauh A350-900s dan secara beransur-ansur menggantikan pesawat 21 buah A330ceo milik syarikat penerbangan itu. Perjanjian dengan pengeluar enjin Rolls-Royce dan Avolon turut dimeterai pada majlis tersebut.

Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan A330neo di rangkaiannya yang meliputi Asia, Pasifik dan Timur Tengah.

Menggabungkan enjin generasi terkini, reka bentuk sayap canggih serta pelbagai inovasi aerodinamik, pesawat berkenaan menawarkan pengurangan sehingga 25 peratus dalam penggunaan dan pelepasan bahan api termasuk mampu terbang 7,200 batu nautika atau 13,300 kilometer tanpa henti.

Malaysia Airlines akan mengubah suai armada A330neonya dengan susun atur premium yang akan menempatkan 300 penumpang dalam dua kelas. 

Selain pembaharuan dalam armada badan lebar, Airbus serta MAG turut menandatangani surat hasrat untuk mengkaji kerjasama yang lebih luas dalam bidang kelestarian, latihan, penyelenggaraan dan pengurusan ruang udara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial dan Ketua Antarabangsa Airbus, Christian Scherer berkata Malaysia Airlines merupakan antara syarikat penerbangan Asia yang hebat dan Airbus berbangga menjadi pembekal pesawat badan lebar yang menjadi pilihannya. 

Beliau berkata ini adalah "pengiktirafan yang jelas" ke atas A330neo sebagai opsyen yang paling cekap dalam kategori saiz ini bagi pengoperasian premium.

"Ia juga merupakan pemenang mutlak daripada segi keselesaan dalam penerbangan dan kami berharap dapat bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk membentuk ruang kabin yang terunggul," katanya.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semasa majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi penggantian pesawat MAG di Putrajaya hari ini berkata kerajaan menyokong pelaburan jangka panjang kumpulan itu dalam usaha memperoleh antara pesawat moden yang terbaik ke dalam perkhidmatannya.

"Ia bukan sahaja relevan untuk meremajakan armada syarikat penerbangan yang semakin tua agar kekal berdaya saing serta bertujuan memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan globalnya tetapi juga sejajar dengan komitmen bersama kami ke arah penerbangan yang lestari di Malaysia bagi menyokong usaha penyahkarbonan yang lebih luas termasuk memenuhi sasaran global," katanya sebelum menyaksikan pemeteraian itu.

Wee berkata kerajaan kagum dengan pembaharuan armada MAG yang disifatkan sebagai tuil utama dalam strategi kemampanannya yang lebih luas melalui Rangka Tindakan Kelestarian MAG, yang merangkumi faktor alam sekitar, sosial, keselamatan, tadbir urus dan ekonomi.

Beliau berkata usaha ini sejajar dengan langkah Malaysia bagi mencapai langkah-langkah berasaskan pasaran global Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang mana Malaysia mengiktiraf kepentingan kelestarian alam sekitar. - Bernama

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Shell Bincang Jual Stesen Minyak Di Malaysia Kepada Saudi Aramco - Sumber

oleh Wartawan Getaran