web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Firma Penyelidikan Optimis Terhadap Prospek Ekonomi Malaysia Bagi Separuh Kedua

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 3:14PM

Momentum pemulihan ini turut didorong oleh kenaikan permintaan domestik, pemulihan pasaran tenaga kerja yang berterusan serta dasar-dasar yang sedang dijalankan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Firma penyelidikan optimis terhadap prospek peningkatan prestasi ekonomi Malaysia bagi separuh kedua tahun ini, berdasarkan peningkatan ketara momentum pemulihan bagi suku kedua 2022.

Malah, momentum pemulihan itu turut didorong oleh kenaikan permintaan domestik, pemulihan pasaran tenaga kerja yang berterusan serta dasar-dasar yang sedang dijalankan.

Public Investment Bank Bhd (PublicInvest) menjangkakan aktiviti-aktiviti ekonomi kekal kukuh pada separuh kedua 2022 dan tempoh memasuki 2023 biapun terdapat tekanan berkaitan gangguan rantaian bekalan serta inflasi.

“Permintaan domestik diunjur kekal kukuh, didorong oleh pemulihan perbelanjaan penggunaan, peningkatan jumlah pelancong asing, keadaan pasaran tenaga kerja yang terus pulih serta prospek pendapatan.

“Bagi pelaburan swasta, kerja-kerja yang sedang dijalankan serta pelaksanaan projek pelbagai tahun dan mencecah nilai berbilion ringgit seperti MyDigital, Laluan Rel Pantai Timur dan Fasa 3 Transit Aliran Ringan yang dapat memastikan kelangsungan aktiviti berkaitan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagaimanapun, PublicInvest berkata momentum pertumbuhan Malaysia kekal terdedah kepada risiko penurunan, termasuk pergerakan dasar dalam ekonomi utama, dasar ketat China dalam membendung COVID-19 selain konflik ketenteraan Rusia-Ukraine yang berterusan.

Sementara itu, Ambank Research yang juga cabang penyelidikan AmBank Group, menjangkakan KDNK Malaysia menyaksikan pertumbuhan lebih positif bagi separuh kedua 2022, sebahagiannya disokong oleh asas rendah -0.4 peratus pada tempoh sama 2021.

“Selain itu, kami turut menjangkakan ekonomi ini terus mendapat manfaat daripada perolehan hasil eksport yang kukuh, disokong oleh harga komoditi yang tinggi, keadaan semikonduktor global yang positif, eksport berteraskan sumber serta aliran masuk pelaburan langsung asing,” katanya.

Dalam pada itu, Maybank Investment Bank juga berkongsi sentimen sama dengan menyasarkan pertumbuhan KDNK sebenar bagi suku kedua 2022 akan meningkat kepada 11.7 peratus tahun ke tahun berbanding 5.0 peratus pada suku pertama. - Bernama

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis