web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MDEC Peruntuk RM14 Juta Untuk PKS Dan Pemula Niaga

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2021 8:44AM

MDEC memberi bantuan dan geran terutama kepada mereka yang terlibat dalam perniagaan digital.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah meluluskan geran bernilai RM10.5 juta bagi memberi manfaat ke atas 50 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pemula niaga.

Pengerusi MDEC, Datuk Wira Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata selain itu, ia juga sedang mengagihkan tuntutan geran bernilai RM3.5 juta kepada 20 penerima, majoriti daripada industri kandungan kreatif digital. 

"Peruntukan geran ini adalah sebahagian daripada inisiatif MDEC di bawah Geran Kandungan Digital (DCG) dan Geran Automasi Pintar (SAG) yang telah direka untuk menggalakkan PKS tempatan serta pemula niaga bagi menerima pakai perkhidmatan teknologi pendigitalan yang baharu, yang akan meningkatkan produktiviti dan kemampanan perniagaan mereka. 

"Geran-geran ini adalah bukti komitmen teguh kami untuk tidak meninggalkan sesiapa di belakang, selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Malaysia 5.0," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Surina Shukri berkata selain dapat memperkasakan penggunaan teknologi di kalangan perniagaan tempatan, inisiatif pembiayaan ini juga merupakan sebahagian daripada tiga tonggak rangka kerja strategik MDEC yang meliputi Pekerjaan serta Kemahiran Digital, Perniagaan Digital dan Pelaburan Digital. 

Agensi berkenaan sentiasa menetapkan asas bagi PKS dan syarikat peringkat pertengahan untuk berkembang maju dalam era Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dengan menyokong perniagaan di setiap peringkat dan dalam semua sektor termasuk teknologi kewangan, teknologi pertanian dan teknologi kesihatan.

"Kami sentiasa menyedari keperluan industri dan bekerja keras bagi meningkatkan keupayaan, kapasiti serta kemudahan kami ke arah mencapai masyarakat bersepadu teknologi, sejajar dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL)," katanya.

Untuk memenuhi perkembangan ekonomi digital dengan lebih baik, MDEC juga telah melaksanakan misi "Reinvent" bagi proses pengurusan geran untuk memastikan kaedah pembayaran geran yang lebih baik, merangkumi pendigitalan pengurusan dan pentadbiran geran dengan tujuan mencapai ketelusan serta tadbir urus yang lebih tinggi. 

Selaras dengan itu, agensi akan terus menilai dan akan mengumumkan penerima geran yang berjaya dalam tempoh yang ditetapkan. 

"Agensi ini mengeluarkan geran yang diluluskan secara kelompok kepada penerima masing-masing berdasarkan bukti pencapaian dan KPI yang diraih di bawah inisiatif SAG dan DCG," katanya lagi. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori