web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permintaan Minyak Sawit Dijangka Kekal Kukuh Pada 2022 - Zuraida

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 3:26PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permintaan minyak sawit dijangka kekal kukuh pada 2022, terutamanya dalam sektor makanan susulan pembukaan semula sektor ekonomi dan pintu sempadan antarabangsa, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata negara pengeluar minyak sawit mempunyai kawalan untuk mendorong naratif yang lebih baik mengenai minyak sawit di peringkat global.

Zuraida menekankan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai untuk negara pengeluar minyak sawit dengan kerjasama rakan sekutu dalam negara pengimport minyak sawit untuk menyebarluaskan manfaat minyak sawit.

“Usaha yang diselaraskan dalam menyampaikan mesej yang kuat khususnya kepada Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat adalah perlu untuk mengiktiraf agenda kemampanan negara anggota dan apa yang paling penting ialah menghentikan semua dakwaan tidak berasas terhadap produk dan industri minyak sawit,” katanya semasa majlis ke-10 Mesyuarat Peringkat Menteri Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOC) di Bali, Indonesia, semalam.

Zuraida yang mempengerusikan bersama mesyuarat itu berkata CPOPC akan diberi peranan utama dalam menangani perkara tersebut dan akan mengambil langkah proaktif dalam mempromosikan agenda kemampanan dan mengetengahkan semua usaha Malaysia dan Indonesia dalam perkara tersebut.

Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

Mesyuarat peringkat menteri itu telah dijalankan dalam format hibrid dan wakil negara pemerhati termasuk naib menteri hal ehwal pertanian Colombia H E Juan Gonzalo Botero Botero dan menteri pertanian dan penternakan Honduras H E Laura Suazo masing-masing telah menyampaikan ucapan.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia H E Airlangga Hartarto yang juga pengerusi CPOPC, menekankan peranan strategik yang boleh dimainkan oleh minyak sawit sebagai sebahagian daripada penyelesaian kepada krisis makanan dan tenaga global semasa.

“Dalam hal ini adalah penting bagi negara pengeluar minyak sawit untuk memanfaatkan momentum permintaan dunia yang semakin meningkat untuk minyak sawit dan daya saing minyak sawit yang dihasilkan secara mampan dalam pasaran minyak sayuran global,” katanya.

Justeru, Hartarto menekankan kepentingan mempromosikan pengiktirafan seluruh dunia terhadap kemampanan minyak sawit termasuk antara lain melalui penglibatan berterusan dengan pengguna dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan, pembinaan kapasiti dan pelaburan untuk petani berskala kecil bagi memastikan pengeluaran minyak sawit yang mampan.

Sementara itu, Indonesia dan Malaysia mengulangi komitmen mereka untuk memastikan CPOPC meneruskan advokasinya untuk minyak sawit yang mampan dan mendapat manfaat daripada Indonesia yang menyandang jawatan presiden G20 untuk terus mempromosikan misi CPOPC, membangun dan mengukuhkan kerjasama dalam kalangan negara pengeluar minyak sawit dan pihak berkepentingan yang berkaitan serta memastikan manfaat jangka panjang minyak sawit untuk kesejahteraan masyarakat dunia.

Para menteri juga mengharapkan negara pemerhati, iaitu Colombia, Ghana, Honduras dan Papua New Guinea supaya mempercepatkan proses ratifikasi untuk menjadi ahli penuh menjelang Mesyuarat Peringkat Menteri akan datang.

Dalam perkembangan lain, Indonesia dan Malaysia telah bersetuju untuk mempertimbangkan untuk meningkatkan mandat biofuel masing-masing kepada B35 untuk Indonesia dan B20 bagi Malaysia bertujuan meningkatkan penggunaan domestik.

Para menteri dalam mesyuarat itu menyambut baik Malaysia sebagai tuan rumah Mesyuarat Menteri ke-11 menjelang Mac tahun 2023.

Mereka juga mengalu-alukan pegawai Sekretariat CPOPC yang baru dilantik, Dr Rizal Affandi Lukman sebagai pengarah eksekutif, Datuk Nageeb Wahab sebagai timbalan pengarah eksekutif, Dr Puah Chiew Wei sebagai pengarah strategi dan dasar dan Dr Witjaksana Darmosarkoro sebagai pengarah kelestarian dan pekebun kecil.

Tempoh pelantikan mereka adalah untuk tempoh 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2025.

Para menteri juga merakamkan penghargaan kepada bekas Pengarah Eksekutif CPOPC Tan Sri Datuk Dr Yusof Basiron dan bekas Timbalan Pengarah Eksekutif CPOPC Dupito D. Simamora atas perkhidmatan mereka yang bermula dari 1 Jun 2019 hingga 31 Mei 2022. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ