web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Kecualikan ICPT Kepada 9 Juta Akaun Pengguna

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 4:10PM

9 juta akaun pengguna domestik di negara ini dikecualikan daripada membayar ICPT. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT GANTANG - Sebanyak sembilan juta akaun pengguna domestik di negara ini dikecualikan daripada membayar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT), kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata pengecualian itu menyebabkan kerajaan menanggung kos tambahan sebanyak RM5.8 bilion daripada RM7 bilion iaitu kos untuk penjanaan elektrik bagi Januari hingga Jun tahun ini, manakala RM1.2 bilion diagihkan kepada industri.

“Kos tambahan ini membabitkan pembelian arang batu, gas dan sebagainya jadi sepatutnya kos ini ditanggung oleh pengguna tetapi kerajaan memutuskan sebanyak sembilan juta akaun pengguna domestik  dikecualikan membayar kos ICPT,” katanya pada sidang media Program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia (Zon Tengah) di Dewan Serbaguna Sungai Tinggi dekat Sungai Kerang di sini hari ini.

Takiyuddin berkata dalam menetapkan tarif elektrik dalam negara ini, kerajaan menggunakan mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) dan ICPT iaitu bermaksud kos yang ditanggung oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk tenaga.

Pada 24 Jun lepas, TNB dalam kenyataan memaklumkan mekanisme ICPT akan terus dilaksanakan untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2022 seiring dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata kadar subsidi yang dibayar kerajaan bagi tarif elektrik akan dipaparkan dalam akaun bil pengguna bermula bulan hadapan.

“Sebab sekarang ramai orang tertanya-tanya adakah bil elektrik telah mendapat subsidi daripada kerajaan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan