web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Edotco Lancar Pelan Tindak Kemampanan, Sasar Jadi 5 TowerCo Terbaik

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 9:12PM

Zafrul (kiri) pada majlis pelancaran pelan tindakan dan laporan kelestarian Kumpulan edotco di sini, hari ini. - Gambar dari Facebook edotco Group

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi terkemuka Asia, Kumpulan edotco (edotco) melancarkan pelan tindakan kemampanan untuk memenuhi komitmennya bagi menghubungkan dunia secara saksama dan mampan.

Pelan tindakan itu digariskan dalam Laporan Kelestarian syarikat tersebut bertajuk ‘Sustainable & Equitable Access for All’ yang menggambarkan misinya untuk menjadi antara lima syarikat menara telekomunikasi Global Teratas (TowerCo) terbaik melalui pertumbuhan secara mampan dan bertanggungjawab.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kunci utama Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) termasuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau kepada 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030, dan untuk Malaysia menjadi neutral karbon pada 2050.

Katanya, Dasar Tenaga Negara yang komprehensif akan menyediakan rangka tindakan bagi mencapai matlamat neutral karbon di negara ini.

"Untuk tujuan ini, kemajuan yang berkekalan dan mampan hanya boleh dicapai apabila seluruh negara terdiri daripada sektor awam dan swasta bersatu di belakang visi kemampanan yang sama.

"Pertumbuhan dan perubahan yang berkekalan sentiasa bermula di peringkat teratas. Oleh itu, saya gembira pengurusan edotco telah bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan sepanjang perjalanan kemampanannya.

"Ini termasuk sokongan kuat daripada lembaga pengurusan yang membenarkan edotco mengurangkan separuh jejak karbonnya sebanyak 58 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan pelan tindakan dan laporan kelestarian Kumpulan edotco selaku syarikat perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi terkemuka Asia, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutid Kumpulan edotco, Mohamed Adlan Ahmad Tajudin berkata, pihaknya harus memikul tugas penting membina infrastruktur yang diperlukan bagi merapatkan jurang digital.

Menurut beliau, rangka kerja kemampanan berkenaan mencakupi ikrar syarikat bagi memenuhi impian itu tanpa mengabaikan asas alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang diperlukan untuk membolehkan masyarakat berkembang maju bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh dunia.

"Kami kini melangkah ke fasa seterusnya untuk memperkasa transformasi digital yang saksama dan merealisasikan masa depan 5G.

“Kami melakukannya dengan komitmen penuh untuk bekerja rapat dan telus dengan pihak berkepentingan bagi memenuhi aspirasi bersama," katanya.

Laporan Kemampanan itu menghimpunkan usaha syarikat sepanjang perjalanan kemampanannya, selain menyelaraskan pertumbuhan dengan asas utama ESG di Malaysia dan merentasi pasaran operasi.

Tempoh laporan itu bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2021 dengan skop yang merangkumi semua operasi edotco dan anak syarikat.

Kumpulan edotco mengendalikan dan mengurus portfolio serantau melibatkan 54,000 menara telekomunikasi seluruh Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Kemboja, Sri Lanka, Pakistan, Filipina, Myanmar dan Laos. - Getaran, 7 Julai 2022

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia