web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Tidak Campur Tangan Kenaikan OPR, Keputusan Bersifat Bebas

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 6:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah mencampuri keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas seperti yang diumumkan semalam.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM itu diluluskan secara bebas berdasarkan penilaian bank pusat.

Menurut beliau, kerajaan berdasarkan undang-undang tidak boleh menyelaras sebarang kenaikan dasar monetari kerana BNM adalah sebuah badan bebas.

“Ia termaktub dalam Akta BNM 2009. Ini bermakna kerajaan tidak boleh mengarahkan BNM untuk naik atau turunkan OPR, sebaliknya BNM melalui MPC sendiri yang putuskan kesesuaian OPR berdasarkan penilaian mereka.

“Jika terdapat sebarang manipulasi atau campur tangan kerajaan dalam sebarang keputusan dasar monetari, ia akan menjejaskan integriti pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan pelan tindakan dan laporan kelestarian syarikat perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi terkemuka Asia, Edotco Group di sini, hari ini.

Menurut beliau, kenaikan itu adalah berdasarkan tekanan inflasi yang terus meningkat kepada 2.8 peratus berbanding 2.4 peratus sebelum ini.

Malah katanya, tekanan inflasi dihadapi di seluruh dunia ada antaranya melebihi sembilan peratus termasuk di negara membangun dan maju.

“Umum mengetahui fenomena ini diakibatkan oleh kenaikan harga komoditi global disebabkan konflik Rusia dan Ukraine serta gangguan rantaian bekalan.

“Keputusan BNM juga adalah untuk mengekang aliran keluar pelaburan dari negara yang akan menyebabkan kejatuhan ringgit yang lebih teruk,” katanya.

Pengekalan kadar OPR jika dilaksanakan jelas Tengku Zafrul, pasti membuatkan pelabur mengalihkan pelaburan mereka ke luar Malaysia, sekali gus menjatuhkan nilai Ringgit Malaysia (RM).

“Jika ini berlaku, harga barang akan naik kerana kita mengimport 60 peratus bahan mentah,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kenaikan itu juga harus dinilai berdasarkan perkembangan terkini serantau.

“Kalau kita lihat, secara dasarnya, saya merasakan dasar monetari kita masih akomodatif. OPR ketika ini juga masih rendah berbanding dengan kadar sebelum pandemik COVID-19 iaitu tiga peratus.

"Jika kita melihat melalui perspektif dunia disebabkan tekanan inflasi, semua bank pusat telah membuat pelarasan dasar monetari mereka untuk mengurangkan tekanan tersebut,” katanya.

Jelas Tengku Zafrul lagi, kerajaan bagaimanapun mengambil maklum kenaikan itu dan akan terus memantau perkembangan berkenaan.

Katanya, kerajaan melalui Jawatankuasa Dasar Fiskal, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan bertanggungjawab ke atas dasar fiskal negara.

"Kerajaan akan meneruskan segala bentuk bantuan menerusi inisiatif-inisiatif yang ada. Kita ada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), paling tinggi dalam sejarah negara berjumlah RM8.0 bilion,” katanya.

Beliau memberi jaminan, kerajaan juga akan terus menyalurkan subsidi bagi mengurangkan kos sara hidup.

“Sebelum ini saya dan PM telah menyebut bahawa peruntukan pada tahun ini dijangka mencecah RM77.7 bilion. Ini kalau kita lihat dari segi konteksnya, perbelanjaan pembangunan negara adalah RM75 bilion, jadi kita membelanjakan subsidi lebih daripada perbelanjaan untuk pembangunan. Ini menunjukkan keutamaan kerajaan kepada isu dihadapi rakyat,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, Malaysia juga sudah merekodkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama yang kukuh iaitu pada kadar lima peratus tahun ini dan momentum itu diyakini akan berterusan untuk suku kedua 2022.

"Paling penting adalah kita kena terus tingkatkan ekonomi negara. Bila ekonomi berkembang lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan. Kita dapat lihat bahawa kadar pengangguran pada Mei 2020 tertinggi (5.3 peratus) dan turun pada April lalu (3.9 peratus).

"Kerajaan melalui Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi akan terus memperhalusi dasar dan bantuan yang dapat mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup rakyat," katanya. - Getaran, 7 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bank Negara Malaysia Kekalkan Opr Pada Kadar 3 Peratus

4

Semasa 2 tahun yang lalu

1MDB: Penganalisis BNM Selasai Beri Keterangan, Bakal Disoal Peguam Najib Esok

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan