web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bank Negara Malaysia Dijangka Naikkan OPR Sekali Lagi - Moody's

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 2:23PM

Bank Negara Malaysia - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.25 peratus pada Mesyuarat Dasar Monetari (MPC) keempatnya pada minggu ini, kata Moody’s Analytics.

Mesyuarat MPC dua hari BNM dijadualkan bermula esok.

Sementara itu, MIDF Research berkata BNM akan "mempertimbangkan untuk satu lagi kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas" berikutan peningkatan berterusan dalam inflasi teras, sekali gus mencerminkan permintaan dalam negeri yang kukuh.

“Selain itu, momentum positif dalam jualan perdagangan pengedaran, penurunan kadar pengangguran kepada tahap rendah baharu pandemik iaitu 3.9 peratus pada 22 April 2022 serta kadar pengembangan dua angka perdagangan luar memberikan tanda-tanda positif terhadap pemulihan kukuh ekonomi,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Pada mesyuarat MPC ketiga yang diadakan pada bulan Mei, bank pusat itu telah menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus. Kadar siling dan lantai bagi koridor OPR juga masing-masing meningkat kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.

Ia berkata pembukaan semula ekonomi global yang berterusan dan peningkatan dalam keadaan pasaran buruh terus menyokong pemulihan aktiviti ekonomi. - Bernama
 

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan