Berita Terkini

9 jam yang lalu: Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, 6 petugas cedera ringan - Bomba 9 jam yang lalu: 2 cedera dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia 9 jam yang lalu: Cuaca panas: Solat hajat mohon doa kesejahteraan diadakan esok - Na'im 9 jam yang lalu: Mohd Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO pada PRN 6 negeri 9 jam yang lalu: Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi

IKUTI KAMI


Lebihan Dagangan Februari Melonjak 41.6 Peratus Kepada RM17.86 Bilion - MITI

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2021 3:52PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdagangan Malaysia meneruskan momentum positifnya pada Februari 2021 apabila mencatat pertumbuhan sebanyak 15.4 peratus kepada RM157.27 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas. 

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada Isnin, eksport meningkat 17.6 peratus kepada RM87.57 bilion manakala import naik 12.7 peratus kepada RM69.7 bilion yang menyaksikan lebihan dagangan melonjak sebanyak 41.6 peratus kepada RM17.86 bilion bagi Februari 2021.

Eksport turut mencatat pertumbuhan terpantas sejak Oktober 2018, disokong oleh peningkatan permintaan global bagi barangan elektrik dan elektronik (E&E) khususnya semikonduktor, keluaran getah serta barangan berasaskan komoditi terutama keluaran petroleum dan minyak sawit.

Peningkatan eksport juga telah direkodkan daripada kebanyakan pasaran utama seperti Asean, China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Jepun dan Hong Kong, kata MITI.

Malah, berbanding Januari 2021, lebihan dagangan meningkat sebanyak 7.6 peratus.

Bagaimanapun, jumlah perdagangan, eksport dan import masing-masing berkurangan sebanyak 3.3 peratus, 2.3 peratus dan 4.5 peratus.

“Bagi tempoh Januari hingga Februari 2021, eksport merekodkan pertumbuhan dua digit sebanyak 11.7 peratus kepada RM177.19 bilion berbanding tempoh sama pada 2020 manakala import meningkat 6.6 peratus kepada RM142.73 bilion.

“Jumlah perdagangan pula berkembang 9.4 peratus kepada RM319.92 bilion dan lebihan dagangan melonjak sebanyak 39.8 peratus kepada RM34.47 bilion,” katanya.

Menurut MITI, eksport barangan perkilangan pada Februari 2021 yang menyumbang 86.6 peratus kepada jumlah eksport, mencatat pertumbuhan dua digit sebanyak 20.1 peratus tahun ke tahun kepada RM75.83 bilion yang disumbangkan terutamanya oleh kenaikan eksport barangan E&E, keluaran getah dan produk petroleum.

Prestasi lebih kukuh itu turut didorong oleh peningkatan permintaan terhadap semikonduktor bagi kegunaan peranti pintar, rangkaian teknologi 5G serta industri automotif yang seiring dengan pemulihan berterusan dalam aktiviti ekonomi global.

Barangan E&E bernilai RM31.22 bilion pula merangkumi 35.7 peratus daripada jumlah eksport iaitu peningkatan sebanyak 24.4 peratus berbanding Februari 2020 manakala produk getah (RM6.68 bilion) yang mewakili 7.6 peratus daripada jumlah eksport, telah melonjak sebanyak 188.7 peratus.

Keluaran petroleum (RM6.68 bilion) yang menyumbang 7.6 peratus daripada jumlah eksport, pula meningkat sebanyak 32.1 peratus, kata MITI.

Selain itu, eksport keluaran pertanian (sumbangan sebanyak 6.5 peratus) naik 9.7 peratus kepada RM5.69 bilion berbanding Februari 2020, dipacu oleh terutamanya kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.

Eksport hasil galian yang menyumbang sebanyak 5.9 peratus, merekodkan penyusutan 7.8 peratus tahun ke tahun kepada RM5.19 bilion berbanding pengurangan sebanyak 31 peratus pada Januari 2021.

Pengurangan itu disebabkan oleh penurunan eksport gas asli cecair (LNG) dan petroleum mentah.

Dalam pada itu, pada Februari 2021 menyaksikan dagangan dengan Asean yang menyumbang RM40.95 bilion atau 26 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia, meningkat sebanyak 13.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Eksport mencatat pertumbuhan dua digit sebanyak 13.7 peratus kepada RM24.42 bilion, disumbangkan oleh kenaikan eksport barangan E&E dan keluaran petroleum manakala import dari Asean meningkat 12.4 peratus kepada RM16.52 bilion.

Dalam pada itu, eksport ke pasaran utama Asean yang merekodkan kenaikan adalah Singapura iaitu peningkatan sebanyak RM1.48 bilion, didorong oleh pertambahan eksport barangan E&E; Thailand RM63.5 juta - barangan perkilangan lain terutamanya peranti simpanan ‘solid state’ (SSD); Vietnam (RM790.2 juta, barangan E&E) manakala Indonesia berjumlah RM359.4 juta yang merangkumi keluaran petroleum.

Perdagangan dengan China turut melonjak sebanyak 49.8 peratus tahun ke tahun kepada RM28.76 bilion atau mewakili 18.3 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia pada Februari 2021.

Eksport Malaysia ke China mencatat pertumbuhan dua digit sebanyak 35.8 peratus kepada RM12.82 bilion yang disumbangkan oleh kenaikan eksport barangan E&E, keluaran petroleum dan LNG manakala import dari China melonjak 63.4 peratus kepada RM15.94 bilion.

MITI berkata, perdagangan dengan AS merangkumi 9.6 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia iaitu pertumbuhan sebanyak 9.3 peratus tahun ke tahun kepada RM15.06 bilion.

Eksport ke AS pula merekodkan pertumbuhan dua digit sebanyak 26 peratus kepada RM9.99 bilion berikutan pertambahan eksport keluaran getah, namun import dari AS susut 13.3 peratus kepada RM5.07 bilion.

Jumlah perdagangan dengan EU bagi tempoh Februari 2021 pula berkembang 11.8 peratus tahun ke tahun kepada RM12.75 bilion yang merangkumi 8.1 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia.

Momentum eksport kekal meningkat sejak September 2020 iaitu menokok 15.3 peratus kepada RM7.74 bilion yang disumbangkan oleh kenaikan eksport keluaran getah manakala import dari EU juga berkembang 6.7 peratus kepada RM5.01 bilion.

Perdagangan dengan Jepun yang mewakili 7.3 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia,  berkembang 6.3 peratus tahun ke tahun kepada RM11.41 bilion.

Menurut MITI, eksport juga pulih dengan mencatat peningkatan sebanyak 2.4 peratus kepada RM5.74 bilion berbanding pertumbuhan negatif tahun ke tahun pada Januari 2021 yang didorong terutamanya oleh kenaikan eksport keluaran getah, barangan perkilangan logam dan barangan E&E.

Import dari Jepun juga meningkat 10.6 peratus kepada RM5.68 bilion. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 5 hari yang lalu

Bank Negara Sedang Cari Penyelesaian Kukuhkan Ringgit - Ahmad Maslan

2

Semasa 6 hari yang lalu

KPKM Sedang Berunding Dengan GACC Untuk Tembusi Pasaran Durian Segar Ke China

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

AS: 100,000 Maut Akibat Ambil Dos Dadah Berlebihan Pada 2022 - CDC

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Zhao Luang Lebih 2 Jam Lawat Kawasan Pelancongan Di Melaka

Sorotan

1

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

2

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Pulih Segera Daya Saing Negara, Itu Jaminan Perkukuh Semula Ringgit 

oleh Aiman Sadiq

Ekonomi 1 hari yang lalu

Dasar Fiskal Kerajaan, Belanjawan 2023 Buahkan Hasil, Pertumbuhan Ekonomi Memberangsangkan - PM

oleh Sophia Ahmad