Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jualan Proton Meningkat 10.8 Peratus pada Mei

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 2:34PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jualan pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd meningkat sebanyak 10.8 peratus kepada 9,792 unit pada Mei 2022, setelah syarikat itu berjaya meningkatkan pengeluaran dengan mengatasi isu bekalan komponen.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 3.7 peratus berbanding Mei 2021.

Timbalan Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah berkata peningkatan jualan pada Mei itu daripada 8,839 unit yang terjual pada April disebabkan syarikat menaikkan jumlah pengeluaran untuk mengejar permintaan pasaran.

"Sama dengan semua jenama industri automotif, kami masih berusaha untuk mendapat bekalan komponen supaya boleh memenuhi tempahan yang tertunggak dan oleh itu, kami amat menghargai kesabaran pelanggan yang tetap memberi sokongan kepada kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Roslan berkata Proton X50 terus menguasai pasaran SUV selepas 2,779 unit didaftarkan pada bulan Mei membolehkan ia menyandang kedudukan pertama bagi SUV segmen-B dan juga segmen SUV secara keseluruhan.

Manakala dua lagi model Proton yang kekal di tempat pertama di segmen masing-masing adalah Proton X70 dan Proton Exora dengan jualan sebanyak 692 unit dan 387 unit.

Mengenai Proton Saga, beliau berkata model paling laris syarikat itu berjaya meraih jualan sebanyak 3,996 unit pada Mei, menempatkan ia di tangga kedua bagi sedan segmen-A.

"Ini adalah pencapaian yang bagus memandangkan syarikat perlu menguruskan peralihan model daripada versi lama ke versi Proton Saga 2022 yang dilancarkan pada 12 Mei.

"Model baharu menawarkan ciri-ciri yang dipertingkatkan serta peningkatan keselamatan dan kualiti. Oleh itu, permintaan pasaran amat menggalakkan dengan lebih 12,000 tempahan diterima," katanya.

Roslan berkata, model itu juga menunjukkan prestasi yang tinggi di pasaran eksport dengan jumlah eksport tahun ini berjumlah 1,482 unit, penambahan sebanyak 71 peratus berbanding tahun lepas.

"Jualan eksport bagi Mei sebanyak 513 unit adalah penambahan sebanyak 12.5 peratus berbanding bulan lepas, manakala jualan keseluruhan tahunan sebanyak 2,086 unit adalah penambahan sebanyak 47.0 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021.

"Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, Pakistan kekal sebagai pasaran eksport terbesar dengan 1,350 unit diikuti oleh Mesir dan Brunei dengan 172 dan 158 unit,” katanya.

Berbanding pasaran automotif secara keseluruhan pula, beliau berkata Proton mengekalkan kedudukannya di tangga kedua dengan anggaran pegangan pasaran semasa sebanyak 19.6 peratus manakala jumlah pegangan pasaran tahunan (YTD) dianggarkan pada 17.1 peratus. - Bernama

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 23 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini