Berita Terkini

22 minit yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 22 minit yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 23 minit yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 23 minit yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 24 minit yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


TIV Automotif Dijangka Cecah 580,000 Unit Tahun Ini

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 1:29PM

Penasihat jualan, Nurul Ikhwani Ariffin (kiri) memberi penerangan kepada pelanggan ketika tinjauan di Proton Edar Senawang pada 20 Januari lalu. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia dijangka mencecah 580,000 daripada 570,000 unit bagi tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 10 peratus tahun ke tahun (y-o-y), demikian menurut unjuran CGS-CIMB.

Ini didorong oleh unjuran pertambahan jumlah jualan kenderaan Proton (+20 peratus y-o-y) dan Perodua (+13 peratus y-o-y) yang dipacu oleh pelancaran model baharu seperti Proton X50 dan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Perodua, D55L.

Dalam nota penyelidikan pada Jumaat, CGS CIMB berkata TIV bagi Disember 2020 menokok 19.5 peratus bulan ke bulan (m-o-m) kepada 68,836 unit berikutan peningkatan jualan segmen kenderaan penumpang dan komersial apabila pengguna membuat pembelian awal kerana menjangkakan insentif cukai jualan tamat pada 31 Disember lepas.

"Kami menjangkakan sektor automotif mencatatkan keputusan lebih baik bagi suku keempat 2020 (Q4 2020) pada Februari 2021 susulan angka jualan lebih kukuh bagi tempoh sama.

“Pada masa sama, kami berpendapat sektor itu kekal di landasan tempat bagi mencatat pemulihan pendapatan dalam 2021F (unjuran) dengan sasaran pertumbuhan keuntungan bersih 60 peratus y-o-y (berbanding -39 peratus pada 2020F).

“Walaupun pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) akan menyebabkan penurunan TIV pada suku pertama 2021 akibat penyusutan kunjungan ke pusat pameran, kami menjangkakan TIV bagi suku kedua 2021 akan terus meningkat.

“Ini seiring dengan unjuran optimis kami namun berhati-hati terhadap peningkatan aktiviti ekonomi yang ketara apabila vaksin COVID-19 semakin banyak ditawarkan.

“Kami juga menjangkan sektor ini akan mendapat manfaat daripada pengukuhan ringgit berbanding dolar AS yang akan mengurangkan kos pengimportan unit-unit pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU),” katanya.

Sehubungan itu, CGS-CIMB mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor automotif Malaysia.

Sementara itu, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengunjurkan TIV berkenaan akan meningkat pada 570,000 unit pada 2021 daripada 529,000 unit pada 2020 (+ 8,0 peratus y-o-y), dipacu oleh pemulihan aktiviti ekonomi, pelanjutan insentif cukai jualan hingga 30 Jun 2021 serta kadar faedah pinjaman sewa beli lebih rendah yang dapat merangsang jualan automotif. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pastikan Perkhidmatan Bomba Sentiasa Ditambah Baik - PM Anwar

2

TARA 2 minggu yang lalu

CIMB Preferred Anjur Bazar Siberturahim Fashion Fest Untuk Kali Kedua

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bengkel Tawar Baik Pulih Kereta Terjejas Banjir Secara Percuma

4

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Reformasikan Ekonomi Bumiputera Menerusi Bajet 2023 - MTEM

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Jadikan Bidang Keusahawanan Sebagai Kerjaya Utama - Ahmad Maslan