Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gaji Minimum Perlu Dilaksanakan Dengan Teratur - Gabenor BNM

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 1:52PM

Dasar gaji minimum perlu dilaksanakan dengan teratur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi selain tidak menambah tekanan inflasi kepada negara - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dasar gaji minimum perlu dilaksanakan dengan teratur untuk memastikan langkah itu akan menyokong pertumbuhan ekonomi selain tidak menambah tekanan inflasi kepada negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Beliau berkata ini perlu terutamanya apabila negara baru menghadapi pandemik COVID-19 dengan ketidaktentuan global yang semakin meningkat berikutan ketegangan geopolitik.

“Dalam situasi semasa, pelaksanaan kenaikan gaji minimum perlu mengambil kira pemulihan yang tidak sekata dalam industri.

“Apa yang perlu kita lakukan ialah mengurangkan gangguan dalam aspek ini. Kita perlu memberi sedikit masa kepada syarikat yang terjejas untuk menyesuaikan diri,” katanya pada sidang media secara maya sempena terbitan beberapa siri laporan BNM hari ini.

Laporan itu ialah Laporan Tahunan BNM 2021, Laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2021 serta Laporan Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2021.

Nor Shamsiah berkata pendekatan secara berperingkat yang diumumkan oleh kerajaan akan turut membantu menangani isu gaji minimum.

Bagaimanapun, katanya dari semasa ke semasa, gaji minimum perlu bertumpu untuk mengurangkan gangguan dalam pasaran kerja seperti pekerja berpindah kepada pekerjaan yang menawarkan gaji lebih tinggi.

“Oleh itu, apa yang lebih penting, perlu ada pelan hala tuju yang jelas dan telus supaya semua pihak yang terjejas, sama ada syarikat besar atau kecil, dapat merancang dengan sewajarnya untuk ke arah pemulihan,” katanya.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 daripada RM1,200 pada masa ini dan ini akan dilaksanakan di seluruh negara untuk syarikat tertentu berkuat kuasa 1 Mei, 2022. - Bernama

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Shell Bincang Jual Stesen Minyak Di Malaysia Kepada Saudi Aramco - Sumber

oleh Wartawan Getaran