web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


McDonald’s Malaysia Bayar Zakat Perniagaan Tertinggi Sejak 2017 Kepada LZS

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 1:45PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANTING - McDonald's Malaysia hari ini membayar zakat perniagaan 2022 berjumlah RM600,000 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sekali gus jumlah pembayaran tertinggi sejak 2017.

McDonald’s Malaysia membayar zakat perniagaan bermula enam tahun lepas sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte Ltd, sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.

Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald's Malaysia Azhar Darbi berkata sumbangan zakat kali ini amat bermakna bagi membantu komuniti memerlukan khususnya golongan terjejas banjir di Banting.

Beliau berkata sedemikian ketika majlis penyerahan zakat perniagaan tersebut di McDonald’s cawangan Banting di sini hari ini.

Pada majlis sama, beliau berkata McDonald’s Malaysia turut menyerahkan sumbangan wakalah agihan zakat bernilai RM500 dalam bentuk wang tunai dan baucar kepada 50 keluarga terpilih di Kuala Langat dan Banting yang terjejas banjir akhir tahun lepas.

“Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai teras McDonald's Malaysia, sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat mahupun melalui sumbangan zakat,” katanya.

Azhar berkata setakat tahun lepas, McDonald's Malaysia telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia.

“McDonald's Malaysia juga merupakan antara pembayar zakat perniagaan tertinggi bagi negeri Selangor,” katanya.

Sementara itu, Ketua Divisyen Kutipan LZS Muhd Fikri Naim Harun berkata pihaknya  amat mengharapkan sumbangan berterusan daripada syarikat korporat seperti McDonald's Malaysia demi menyantuni kelangsungan asnaf di negeri tersebut.

“Lebih-lebih lagi jumlah keluarga asnaf fakir dan miskin dijangka meningkat kesan daripada situasi ekonomi sekarang. Ini bermakna keperluan agihan zakat juga akan turut meningkat seiring dengan pertambahan asnaf di Selangor,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Dana RM240 Juta Diseleweng: Tiada Penglibatan Institusi Zakat - Azam

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan