Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


HUN 2022 Tawar 2,000 Gerai Pameran Bantu Ekonomi Usahawan

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 9:23PM

Abu Hasan (duduk kanan) dan Chong Tik (duduk tengah) bersama wakil daripada kedua-dua pihak pada acara menandatangani MoU sebagai rakan strategik HUN 2022.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak Mac dua tahun lalu, mengakibatkan beberapa sektor terjejas teruk, termasuk ekonomi.

Keadaan itu menyaksikan segelintir pengusahanya berdepan kerugian besar, nekad menutup sementara perniagaan atau terpaksa gulung tikar.

Situasi krisis kesihatan yang entah bila akan benar-benar pulih itu menyebabkan orang ramai mula bimbang untuk menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan kerana risau mengalami risiko sama.

Justeru, bagi mendorong pemulihan ekonomi penggiat bidang perniagaan dan negara, Persatuan Perniagaan Antarabangsa Malaysia Promas (Promas) menjalin kerjasama dengan Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) untuk menjayakan Hari Usahawan Negara 2022 (HUN 2022) selama lima hari, bermula 24 Mac ini.

Acara bakal dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu menggariskan pelbagai matlamat ‘di bawah satu bumbung’, antaranya membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) untuk berkembang lebih jauh menerusi aplikasi dan laman sesawang HUN 2022.

Usaha itu diwujudkan bagi mempromosikan produk IKS secara dalam talian dan membolehkan jualan secara terus dilakukan kepada pelanggan, selain sebagai platform berkongsi informasi.

HUN 2022 turut berperanan untuk merancakkan kembali ekonomi negara dengan mewujudkan peluang lebih luas selepas ramai usahawan terjejas akibat pandemik.

Presiden DPUKM, Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor, berkata acara itu menetapkan untuk memartabatkan usahawan di negara ini dengan mewujudkan kesedaran bagi menarik lebih ramai orang menceburi bidang usahawan.

Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor
Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor

Katanya, DPUKM turut membantu menaik taraf usahawan kecil dan sederhana (PKS) agar mereka lebih berdaya saing dan menyatupadukan semua usahawan supaya memiliki jaringan perniagaan semakin luas, selepas ramai golongan itu terjejas akibat COVID-19 dan bencana banjir, baru-baru ini.

“Selama dua tahun, banyak perniagaan terjejas akibat pandemik COVID-19, justeru walaupun dalam keadaan tidak menentu dengan rangkaian kami miliki, borang plat HUN 2022 akan membantu usahawan mendapatkan semua maklumat dan keperluan untuk bergerak ke hadapan, termasuk mewujudkan peluang lebih luas untuk mereka terus berkembang.

“Pada masa ini, 80 peratus hingga 90 peratus perniagaan di Malaysia adalah di bawah PKS dan 20 peratus usahawan korporat kami berjaya mengeksport produk mereka ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Akhbar HUN 2022 bersama Promas, semalam.

Sesi itu turut menyaksikan Abu Hasan dan Promas yang diwakili Presidennya, Datuk Chong Chong Tik menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai rakan strategik untuk menjayakan HUN 2022.

Turut hadir, Timbalan Presiden Promas, Raymond Y K Liew.

Chong Tik berkata, Promas akan memainkan tanggungjawab sebagai platform untuk mengetengahkan produk tempatan ke pasaran antarabangsa melalui penyertaan dalam pameran antarabangsa.

Ujarnya, Promas sudah menyertai banyak pameran antara negara dan setiap tahun, ia mengadakan 40 pameran di China, namun terpaksa menghentikan sementara usaha itu disebabkan pandemik.

Beliau berkata, selepas melihat kerajaan mampu menangani COVID-19, pihaknya yakin kini adalah masa terbaik untuk bekerjasama dengan DPUKM bagi menjayakan HUN 2022.

“Promas akan memanggil lebih 100 ahli kami untuk menyertai HUN 2022, malah akan cuba membawa produk dari China dan Taiwan yang mempunyai ejen di sini untuk turut serta.

“Usaha ini diharap dapat membantu semua usahawan yang berniaga di Malaysia,” katanya.

Datuk Chong Tik
Datuk Chong Tik

Sempena pameran itu, lebih 2,000 lot atau gerai pameran disediakan di dalam dan luar WTCKL, termasuk 200 lot dikhaskan untuk usahawan Cina tempatan dan asing, manakala 100 lot pameran untuk selebriti tempatan.

Seramai 5,000 hingga 10,000 pengunjung dijangka hadir pada setiap hari acara berkenaan kerana terdapat pelbagai program dan aktiviti menarik turut disediakan kepada pengunjung.

Antara program dan aktiviti itu adalah persembahan penyanyi popular dan kumpulan busker, aktiviti memasak selama 72 jam tanpa henti, operasi 72 jam rumah hantu dikendalikan pelajar tahfiz, perhimpunan kendera saji, serta pameran motosikal serta kereta klasik dan mewah.

Bagi memastikan keselamatan usahawan dan pengunjung, HUN 2022 diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Terdahulu, Aplikasi dan Laman Web HUN 2022 (www.hariusahawannegara.com.my) dilancarkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tan Sri Noh Omar pada 31 Januari lalu di WTCKL.

Orang ramai dan pihak berminat menyertai acara itu boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang HUN 2022, www.hariusahawannegara.com.my dan media sosial rasmi, HUN Malaysia (Facebook) dan hun2022official (Instagram). - Getaran, 16 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Lan Solo Teruja Dengan Penganjuran Hari Usahawan Negara 2022

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Usahawan 32 minit yang lalu

Bina Reputasi Meyakinkan, JL99 Raih Pelbagai Anugerah Hartanah

oleh Sophia Ahmad

Ekonomi 1 hari yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM