Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


FIVE Sasar Buka 200 Stesen Minyak 5Petrol Dalam Masa 2 Tahun

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 8:41PM

Rosol Wahid melakukan simbolik perasmian stesen minyak 5Petrol di Batu Balai, Jerantut, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yakin dengan kemampuan Five Petroleum Malaysia (FIVE) yang merancang untuk membuka kira-kira 200 lagi stesen minyak menjelang tahun 2023.

Perancangan jangka panjang syarikat 100 peratus dimiliki Bumiputera itu juga dilihat sebagai usaha positif, dalam merapatkan jurang fasiliti antara kawasan luar bandar dan bandar. 

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, syarikat berkenaan yang menggunakan jenama 5Petrol dalam rangkaian stesen minyak kendaliannya sudah memiliki 41 stesen di kawasan luar bandar ketika ini. 

"Strategi digunakan FIVE juga sangat realistik, menjadikan kawasan luar bandar sebagai sasaran utama mereka dan ini bukan sahaja membantu proses pembangunan di kawasan terbabit, tetapi turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. 

"Bagi kita (KPDNHEP), usaha seperti ini harus disokong dan kalau kita lihat stesen minyak dibangunkan syarikat ini, ia menyediakan pelbagai kemudahan macam kedai serbaneka, sama seperti stesen minyak berjenama antarabangsa lain," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan stesen minyak 5Petrol Batu Balai, dekat Jerantut, hari ini. 

Turut hadir Pengerusi FIVE, Datuk Juhari Abdul Ghani. 

Rosol memaklumkan, KPDNHEP sedang menggiatkan usaha dan menggalakkan transformasi digital dalam sektor peruncitan, melalui inisiatif pendigitalan sektor peruncitan (ReDi) di luar bandar. 

"Kita harap rangkaian stesen minyak 5Petrol boleh memainkan peranan mempercepatkan lagi proses (peruncitan) digital di kawasan luar bandar. 

"Selain itu, saya berharap pihak pengurusan FIVE dan 5Petrol membuka ruang kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk dihasilkan mereka di kedai serbaneka stesen minyak terbabit," katanya. 

Sehingga hujung tahun lalu, semua 41 rangkaian stesen minyak 5Petrol beroperasi di kawasan luar bandar di Semenanjung dan proses pembukaan stesen minyak di Sabah dan Sarawak akan dimulakan hujung tahun nanti. - Getaran, 8 Februari 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 23 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini