Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tabung Haji Sasar Agihan Keuntungan Lebih Stabil Di Masa Hadapan

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2021 3:18PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) kekal stabil dengan jumlah aset melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM3.68 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2020.

Jumlah aset keseluruhan pula sebanyak RM81.85 bilion dan jumlah liabiliti RM78.17 bilion, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata TH menyasarkan agihan keuntungan yang lebih stabil pada masa hadapan selaras dengan matlamat penubuhannya untuk mengurus wang umat Islam bagi mengerjakan ibadah haji.

Beliau berkata kadar pulangan yang lebih lestari adalah sangat penting kerana bakal jemaah haji Malaysia perlu menunggu giliran menunaikan haji disebabkan kuota haji yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi.

“Inilah amanah kami yang paling besar. Kami perlu memastikan kelangsungan operasi TH lebih 100 tahun lagi untuk para jemaah melengkapkan kewajipan agama.

“Ini bermakna keselamatan pelaburan amat penting dan TH tidak boleh mengambil risiko yang terlalu tinggi, lebih-lebih lagi dengan kesan penyusutan ekonomi negara dan dunia disebabkan pandemik COVID-19 pada tahun lalu,” kata Nik Mohd Hasyudeen, mengulas mengenai prestasi kewangan TH dan agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2020 yang diumumkan pada Selasa.

TH telah mengumumkan kadar agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2020.

Agihan untuk tahun 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2019.

TH telah merekodkan prestasi kewangan belum diaudit pada 2020 yang lebih baik berbanding tahun 2019, dengan keuntungan bersih selepas zakat sebanyak hampir RM2.23 bilion, meningkat sebanyak 22 peratus atau RM397 juta berbanding tahun lalu.

“Prestasi keseluruhan pendapatan TH bagi tahun kewangan 2020 disokong oleh beberapa aktiviti pelaburan TH dalam aset pendapatan tetap yang telah menjana pendapatan sebanyak RM1.90 bilion manakala pelaburan saham sebanyak RM430 juta, pelaburan hartanah sebanyak RM352 juta, dan instrumen pasaran wang Islam menyumbang sebanyak RM318 juta,” katanya.

Untuk tahun ini, TH menjangkakan operasi persekitaran yang lebih mencabar dengan pelabur terus mencari pulangan yang tinggi walaupun ekonomi masih lemah.

“Namun langkah pelbagai negara termasuk Malaysia, untuk memastikan rakyat mendapat vaksin Covid-19 dijangka akan dapat membantu meneruskan usaha pemulihan ekonomi,” ujar Nik Mohd Hasyudeen.

TH juga terus komited melindungi kepentingan pendeposit dengan lebih separuh daripada peruntukan asetnya (51 peratus) dilaburkan dalam sukuk yang menawarkan pendapatan tetap.

Ini selaras dengan Alokasi Aset Strategik (SAA) yang memberi penekanan kepada pelaburan jangka panjang, pendapatan berulang, selamat serta mempunyai daya ketahanan risiko.

TH juga akan meneruskan usahanya untuk mengimbangi semula portfolio pelaburan khususnya dalam menggantikan aset yang tidak berdaya saing dengan aset yang boleh memberi pulangan lebih baik.

Ini termasuklah memberi penekanan yang lebih kepada pelaburan luar negara dan pelaburan berlandaskan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG),” tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

2 bulan yang lalu

Dividen Tabung Haji Bakal Diumum April Ini - Mohd Naim

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Abdul Rashid Hussain Dilantik Pengerusi Lembaga TH 

3

Semasa 6 bulan yang lalu

NADMA Terima Aset Perubatan FAST Bernilai RM6 Juta

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Umat Islam Dinasihat Pilih Restoran Ada Logo Halal JAKIM

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini