web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pergerakan Penumpang MAHB Melonjak 226 Peratus Pada Oktober

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 3:20PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pergerakan penumpang domestik bulanan di rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di negara ini meningkat tiga kali ganda kepada 1.18 juta orang pada Oktober lepas berbanding 362,000 orang pada bulan sebelumnya.

Lonjakan sebanyak 226 peratus itu adalah susulan daripada penamatan sekatan perjalanan domestik yang turut menyaksikan kumpulan itu buat pertama kali mencatatkan pergerakan lebih sejuta penumpang di Malaysia pada tahun ini.

Selain itu, gabungan operasi kumpulan MAHB di Malaysia dan Turki merekodkan sejumlah 1.4 juta pergerakan penumpang pada bulan lepas iaitu peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding September.

“Pengumuman kemudahan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura selain gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi serta koridor perjalanan antara Malaysia dan Indonesia akan turut meningkatkan pergerakan penumpang dalam bulan-bulan akan datang.

“Inisiatif kerajaan-dengan-kerajaan (G2G) bagi kemudahan perjalanan antarabangsa sudah semestinya akan menyumbang kepada pemulihan industri penerbangan yang terjejas teruk akibat pelaksanaan sekatan perjalanan susulan COVID-19," kata Pengarah Urusan MAHB Datuk Iskandar Mizal Mahmood dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MAHB juga optimis mengenai permintaan berterusan terhadap perjalanan sama ada bagi tujuan perniagaan atau riadah.

Bagi pihak penggiat industri, Iskandar Mizal berkata MAHB perlu memastikan pelaksanaan langkah-langkah keselamatan secara ketat serta dipatuhi agar penumpang dapat menikmati perjalanan dengan lebih tenang tanpa sebarang kekurangan dalam tahap perkhidmatan yang diberikan.

Menurutnya, sebelum berlakunya COVID-19, laluan KLIA-Changi merupakan laluan penerbangan antarabangsa paling sibuk di dunia bagi dua tahun berturut-turut iaitu 2018 dan 2019 dengan merekodkan lebih 30,000 penerbangan setahun.

Malah, Iskandar Mizal yakin permintaan sama akan terus kekal bagi laluan berkenaan.

Selain itu, aset MAHB di Turki iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG) juga secara konsisten mencatatkan aliran pergerakan penumpang yang menggalakkan, sekali gus menggambarkan pemulihan Turki yang ketara dalam sektor penerbangan.

Pada Oktober 2021, ISG merekodkan sebanyak 2.7 juta penumpang bagi pergerakan penumpang antarabangsa iaitu meningkat 13 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Kadar vaksinasi Turki yang tinggi iaitu 72.4 peratus membabitkan penduduk dewasa serta pelancaran vaksin COVID-19 sendiri dikenali Turkovac, turut meningkatkan keyakinan pelancong antarabangsa untuk mengunjungi negara itu.

Secara keseluruhannya, ISG kekal menjadi penyumbang utama sebanyak 66 peratus daripada jumlah pergerakan penumpang kumpulan MAHB.

Dalam pada itu dari segi operasi kargo, MAHB telah mencatatkan sebanyak 869,445 tan metrik kargo sehingga Oktober lepas, peningkatan ketara sebanyak 26 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Penggiat kargo tempatan, My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd telah mengumumkan rancangan untuk meningkatkan kapasiti kekuatannya menerusi tambahan dua pesawat pada Disember ini.

Syarikat penerbangan kargo itu juga dalam proses memperluaskan laluannya ke China menerusi empat laluan baharu serta merancang untuk mengangkut kargo dari China ke India melalui Kuala Lumpur. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori