web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AirAsia Sasar Pendapatan Cecah Tahap Sebelum Pandemik Seawal 6 Bulan

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 7:05PM

Tony (kiri) bersama Ketua Pegawai Komersial kumpulan AirAsia, Colin Currie pada sidang media di Asia Asia Red Q hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - AirAsia Group menyasarkan untuk kembali meraih pendapatan yang menyamai tahap sebelum pandemik COVID-19 dalam tempoh seawal enam bulan berikutan langkah Malaysia membuka semula sempadan secara berperingkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata prospek itu turut didorong oleh kadar vaksinasi yang terus meningkat, perkembangan berkaitan penghasilan pil COVID-19, imuniti berkelompok selain pembukaan semula sempadan di Singapura dan Thailand.

“Apa yang saya jangkakan, kami memerlukan tempoh enam bulan hingga sembilan bulan untuk kembali ke tahap sebelum pandemik COVID-19.

“Bukan saya yang tentukan pembukaan semula sempadan. Namun, jika sempadan dibuka sepenuhnya dan tiada ketetapan bagi ujian pengesanan pantas PCR dan kuarantin, kami mungkin dapat kembali kepada keadaan itu dalam masa kira-kira tiga bulan.

“Permintaan sememangnya ada tetapi terpulanglah kepada kerajaan untuk mengambil langkah berani,” katanya kepada media dalam majlis pengumuman pelantikan Colin Currie sebagai Ketua Pegawai Komersial kumpulan itu.

Fernandes juga menyifatkan langkah pembukaan semula sempadan antarabangsa sebagai amat penting berikutan tahap pemulihan industri penerbangan dan pelancongan di Asia Pasifik masih ketinggalan berbanding di Eropah dan Amerika Syarikat.

Malaysia dijadual membuka semula sempadannya pada 15 November ini dengan membenarkan kemasukan pelancong asing ke Pulau Langkawi menerusi projek perintis destinasi gelembung pelancongan antarabangsa.

Mengulas langkah Malaysia-Singapura melancarkan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) pada 29 November, 2021, beliau berkata ini merupakan langkah awal bagi masa depan lebih menarik untuk kedua-dua negara.

Beliau bagaimanapun berharap langkah terbabit meliputi protokol VTL yang lebih mudah dan pantas memandangkan dua negara berjiran itu mencatat pencapaian memberangsangkan dalam program vaksinasi masing-masing.

“Apa yang saya tahu, ia dimulakan dengan hanya tiga penerbangan (mingguan).

“Singapura merupakan laluan paling sibuk di dunia dan tiga penerbangan itu pastinya tidak mencukupi.

“Oleh itu, adalah diharapkan angka tersebut akan ditambah apabila semakin ramai yang lebih yakin untuk melakukan perjalanan udara,” katanya.

Menurutnya, kumpulan AirAsia sendiri menguruskan sejumlah 700 penerbangan pada masa ini berbanding hanya 66 penerbangan pada September lepas.

Dalam pada itu, Fernandes berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu akan menerima semula kakitangannya yang dibenarkan bercuti daripada tugas masing-masing pada Januari tahun depan.

Malah, AirAsia juga dalam proses bagi pengambilan semula khidmat pekerjanya yang diberhentikan sebelum ini.

“Matlamat saya adalah untuk memastikan gaji pekerja dapat kembali seperti asal dalam bulan seterusnya manakala mereka yang diberi cuti pula dapat berkhidmat semula pada Januari depan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Percutian Merentasi Masa, Perlahan Di Temple Tree Resort, Langkawi

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori