Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bajet 2022; Pembangunan Infrastrukur Sekolah Daif, Jaringan Interent Perlu Seimbang

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 8:14PM

Pembelajaran dalam talian sudah menjadi satu keperluan sejak negara dilanda pandemik COVID-19, bukan lagi sekadar pilihan semata-mata. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran menyegerakan usaha memperluaskan liputan jaringan internet di seluruh negara menerusi Bajet 2022, berbanding hanya memfokuskan kerja menaik taraf sekolah daif.

Penasihat Pertubuhan Amal Pendidikan dan Pembangunan Insan Malaysia (PERAPIM), Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi berkata, inisiatif itu perlu disegerakan susulan situasi pelajar yang menghadapi kesukaran mendapatkan liputan internet.

Menurut beliau, pembelajaran dalam talian sudah menjadi satu keperluan sejak negara dilanda pandemik COVID-19, bukan lagi sekadar pilihan semata-mata.

“Pembangunan infrastruktur di sekolah daif perlu diberi tumpuan namun ia perlu diselaraskan dari segi prasarana jalur lebar dan sambungan internet, agar dapat diseimbangkan dengan sebaiknya.

“Diharapkan peruntukan besar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Bajet 2022 kali ini turut memberi tumpuan juga untuk membangunkan jaringan internet dan jalur lebar dengan sebaiknya khususnya di kawasan pendalaman,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu menerusi pembentangan Bajet 2022, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar pada Bajet 2022, iaitu sejumlah RM52.6 bilion atau 16 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan Persekutuan itu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz, berkata peruntukan itu membabitkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, berbanding RM100 sebelum ini dengan dana keseluruhan RM450 juta yang memanfaatkan 3 juta murid.

Katanya, pada tahun depan, sejumlah RM1 bilion disediakan untuk kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah, termasuk RM140 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyelenggara sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar.

Justeru Mohamad Nizam mengharapkan, kerajaan melaksanakan pelbagai pertemuan dan perbincangan dengan seluruh Jabatan Pendidikan Negeri bagi mengenal pasti kelemahan yang berlaku.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat pula berkata, inisiatif untuk penjawat awam itu membuktikan kerajaan komited meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam selain terus menjaga kebajikan kira-kira 1.6 juta warganya.

Menurut beliau, CUEPACS menghargai setiap inisiatif seperti bantuan khas kewangan sebanyak RM700 serta gantian cuti rehat yang dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari.

“Inisiatif kerajaan membenarkan penebusan awal Gantian Cuti Rehat sehingga 50 peratus atau 80 hari merupakan perkara yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2020 tetapi tidak dilaksanakan sehingga kini. Kita berharap ia akan dilaksanakan dengan segera tanpa sebarang kajian semula.

“Dalam masa sama, CUEPACS berharap kerajaan bersifat terbuka dalam membuka pintu rundingan dengan warga pekerja terutama dengan kesatuan sekerja yang menjadi suara dalam menyalurkan segala permasalahan pekerja,”katanya.

Pada masa sama Adnan menjelaskan, perbincangan melibatkan perkhidmatan awam seperti semakan semula Sistem Saraan Malaysia serta pelaksanaan gaji minimum baharu perlu dilaksanakan oleh kerajaan sesuai dengan persekitaran ekonomi semasa negara.

“Semakan semula sistem saraan perkhidmatan awam dan gaji minimum ini selari dengan hasrat kerajaan mahu meningkatkan purata pendapatan isi rumah rakyat kepada RM10,000 sebulan pada tahun 2025.

“CUEPACS berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula cadangan kami untuk mewujudkan sistem saraan yang baharu dalam perkhidmatan awam sekali gus memberi motivasi kepada 1.6 juta warga penjawat awam,” katanya. – Getaran, 29 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bantuan Aidilfitri RM500 Kepada Penjawat Awam, RM250 Kepada Pesara - PM

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Samba 2.0: 15 Penjawat Awam Ditahan Disyaki Terima Rasuah Lebih RM2 Juta

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penjawat Awam Dinilai Melalui Sistem DEEP Bermula Tahun Ini - KSN

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu